Seperti yang dijanjikan berikut adalah kertas kerja yang telah dipersembah pada Hari Bersama Pelanggan pada 18 Februari 2010:
1) Kertas Kerja Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu 1 Sijil 1 Negeri oleh Y.A.A. Dato' Haji Ismail Yahya
2) Kertas Kerja Tranformasi oleh Tuan Haji Isa Abu Bakar, Perbadanan Produktiviti Malaysia
Saturday, February 20, 2010
Hari Bersama Pelanggan Meriah
Kuala Terengganu - Pada 18 Februari 2010, MPC dan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah menganjurkan Hari Bersama Pelanggan. Pada majlis ini, sesi Penyerahan Sijil Amlan Persekitaran Berkualiti (QE) kepada Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu turut diadakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Khazan Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.
Kata-kata aluan disampaikan oleh
Y. Bhg. En. Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC
Ucapan Perasmian oleh
Y. B. Tuan Haji Khazan Che Mat
Sambutan hangat, 300 peserta hadir Hari Bersama Pelanggan
Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh Yang Amat Arif Dato' Haji Ismail Yahya , Ketua Hakim Syarie dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan kertas kedua dibentangkan oleh Tuan Haji Isa Abu Bakar dari MPC. Kemudian, satu sesi Forum diadakan untuk peserta berinterasi dengan panel-panel yang telah dijemput khas iaitu Y.A.A. Dato' Haji Ismail Yahya, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, Tuan Haji Samiun Salleh, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tuan Haji Kamaludin Ismail, Timbalan Pengarah PTG Terengganu dan En. Suris Mihat, Pengarah Pekhidmatan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan.Forum yang dipengerusikan oleh En. Nik Mustafa Raja Salleh Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur
Pada sebelah petang, semua peserta telah didedahkan amalan-amalan terbaik perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu merupakan badan perundangan pertama yang dipersijilkan 1 Sijil 1 Negeri.
Lawatan peserta ke Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
En. Mohd Razali turut mencuba amalan kreatif kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
Monday, February 8, 2010
Bengkel ICC - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Batu Rakit - Pada 2-4 Februari 2010, kakitangan perpustakaan telah mendalami kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif, sebanyak 5 kumpulan telah ditubuhkan untuk membincangkan masalah-masalah yang berlaku di pentadbiran perpustakaan. KIK adalah satu kaedah digunakan oleh organisasi dan syarikat untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Berdasarkan maklumbalas yang diterima keenam-enam kumpulan ini 6 projek akan dilaksanakan tahun ini. MPC Terengganu mengucapkan syabas mengorak langkah baru untuk menjadi organisasi lebih efisien dan cekap.
Subscribe to:
Posts (Atom)