Sunday, January 31, 2010

Kursus Auditor Dalaman bagi Amalan Persekitaran Berkualiti - MD Besut

Kg Raja - pada 24-25 Januari 2010 yang lalu, seramai 40 orang peserta telah menyertai kursus bagaimana hendak menjalankan audit dalam 5S. Kursus ini amat penting kerana ia mampu mengekalkan keadaan pejabat standard 5S dan juga menambahbaik kelemahan yang wujud. Kursus 2 hari ini juga telah mengajar kakitangan untuk membentuk kriteria sendiri mengikut keperluan semasa.

Kursus Meningkat Prestasi Jualan 20-21 Januari 2010

Kuala Terengganu - Tahun 2010 adalah tahun mencabar, di mana kita mendengar bahawa Kerajaan Malaysia telah mengurangkan bajet operasi di antara 14-20 % pada tahun ini. Oleh yang demikian, Syarikat-syarikat yang banyak bergantung kepada agensi kerajaan mengubah strategi bagi mengurang kebergantungan terhadap tender kerajaan dengan mencari peluang-peluang perniagaan selain kerajaan. Kursus yang ditawarkan mampu memberi idea bagaimana syarikat hendak mendapatkan hasil jualan yang tinggi walaupun berada di zaman sukar.

Tuesday, January 19, 2010

Inforana, Kolej Swasta di Terengganu Sertai Komuniti 5S

Kuala Terengganu - Pada 16 Januari 2010, semua kakitangan pentadbiran dan akademik Institusi Kemahiran ICT, Pengurusan, Hotel & Pelancongan telah menghadiri Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti yang Efektif. Ini sebagai langkah persiapan untuk mempersiapkan diri masing-masing dengan budaya kerja yang baru di tempat kerja baru. Hotel Inforana di Gong Kuin dijangka siap pada Mac 2010. Sebagai pusat rujukan utama perhotelan di Terengganu, pihak pengurusan ingin memastikan budaya 5S ini diterapkan dikalangan kakitangan dahulu sebelum diterapkan kepada pelajar. MPC Terengganu mengucapkan syabas kepada Inforana di atas inisiatif baru ini.

Monday, January 18, 2010

Auditor Dalaman 5S Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu dilatih di Melaka

Melaka Bandaraya Bersejarah - Seramai 38 kakitangan PDTKT telah menghadiri kursus Auditor Amalan Persekitaran Berkualiti. Satu kriteria audit telah diubahsuai mengikut kesesuaian keadaan Pejabat dan nature business pejabat. Pejabat Tanah mempunyai kriterianya dan begitu juga Pejabat Daerah. Pada peringkat awal, satu checklist akan dikeluarkan bagi memudahkan auditor menjalankan proses audit.

Majlis Perbandaran Dungun - Berkampung di Melaka, Belajar 5S

Melaka Bandaraya Bersejarah- Majlis Perbandaran Dungun telah membawa rombongannya ke Melaka untuk berkampung mempelajari 5S. Kursus telah dijalankan pada 14-16 Januari 2010. Ia adalah satu permulaan dan MPC Terengganu mengucapkan selamat maju jaya dalam melaksanakan 5S.

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu Lancar 5S - 25 Januari 2010

Kuala Terengganu - Satu kursus Amalan Persekitaran Berkualiti untuk Fasilitator & Ketua Zon telah berlangsung pada 11-12 Januari 2010 di Dewan Konvensyen YPU. Kursus ini turut disertai oleh Pengurus Besar dan Timbalannya. Ini adalah komitmen yang harus ditunjukkan oleh organisasi lain bahawa proses transformasi organisasi bermula dengan orang No. 1. Pada sesi brainstorming, telah dicadangkan satu tarikh mewar-warkan perlaksanaan 5S kepada umum pada 25 Januari 2010. Dirancang juga satu aktiviti gotog-royong oleh semua kakitangan YPU. Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Mohamed Awang b Tera, Pengerusi YPU dan juga merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri. 3 anak syarikat YPU juga akan turut serta melaksanakan 5S bagi menjadikan contoh kepada syarikat SME yang lain.

Wednesday, January 13, 2010

Kursus-kursus yang ditawarkan di semua Pejabat MPC

Sila layari kursus yang MPC tawarkan di seluruh Malaysia untuk tahun 2010.

https://docs.google.com/leaf?id=0B2L6kT76fYuTM2Y2YWQ5Y2ItZDE1OS00YjZkLWI4NDUtYWJkMWEyNTcwOTcx&hl=en

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Pejabat MPC yang terdekat.

Thursday, January 7, 2010

Perlumbaan 5S bermula.....

Kuala Terengganu - Kerancakan dan kehangatan 5S sedang melanda Terengganu. Setakat ini agensi yang telah menyatakan komitmen untuk menuju kearah persijilan ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Pejabat Daerah Tanah Kuala Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Majlis Daerah Besut dan terbaru ialah Majlis Perbandaran Dungun. Sasaran mendapat sijil ialah pada Mei dan Jun 2010. Lain-lain agensi yang menunjukkan minat ialah Majlis Daerah Hulu Terengganu, Majlis Perbandaran Kemaman dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. MPC Terengganu mensasarkan pada tahun ini kesemua PBT dan Pejabat Daerah Tanah di Terengganu akan melaksanakan 5S. Selamat ber5S!

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Tinggal 2009..... Selamat Datang 2010

Kuala Terengganu - Pada tahun 2009, banyak kursus umum yang telah ditawarkan kepada agensi swasta dan kerajaan di Negeri Terengganu. Berdasarkan kepada situasi sekarang, MPC di Terengganu antara penyedia latihan yang utama dalam memberi bimbingan dan latihan ke arah perkhidmatan yang berteraskan produktiviti dan dayasaing. Berikut adalah senarai kursus, seminar dan konvensyen yang telah ditawarkan:

Kursus Umum

1)Perkhidmatan Berkualiti Dan Cemerlang Di Kaunter 19-20 Jan 09
2)Strategi Meningkatkan Prestasi Jualan 25-26 Feb 09
3)Amalan Persekitaran Berkualiti yang Efektif 11-12 Mac 09
4)Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti 29-30 April 09
5)Understanding ISO 9001:2008 24-25 Mei 09
6)Amalan Persekitaran Berkualiti 26-27 Mei 09
7)Pengurusan Masa yang Berkesan 1-2 Jun 09
8)ICC untuk Ahli Kumpulan 5-6 Ogos 09
9)Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti 10-11 Ogos 09
10)Understanding ISO 9001:2008 ke-2 16-17 Ogos 09
11)How to Judge ICC Effectively 8-9 Sept 09
12)Mengurus Produktiviti Syarikat 27-28 Okt 09
13)Kem ICC 13-15 Dis 09

Kursus Permintaan & Projek Rundingan

1) Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti - Pejabat Tanah & Galian Terengganu 11-12 Jan 09
2)Bengkel ICC - Universiti Malaysia Terengganu 20-22 Jan & 22-24 Mac 09
3)ICC untuk Ahli Kumpulan - TNB Sultan Mahmud Kenyir 4-5 Feb 09
4)ICC untuk Ahli Kumpulan - Pejabat Tanah Hulu Selangor 7 Feb 09
5)Amalan Persekitaran yang Efektif - Kolej TATIUC 23 Mac 09
6)Amalan Persekitaran yang Berkualiti & Audit Dalaman Persekitaran yang Berkualiti - Jab Kehakiman Syariah Terengganu 1-3 April 09
7)ICC untuk Fasilitator 12-14 Mei 09
8)Amalan Persekitaran yang Berkualiti - Petronas Wilayah Pantai Timur 29-30 Jun 09
9)Amalan Persekitaran yang Berkualiti - Pejabat Daerah Tanah Marang 19-20 Ogos 09
10)Amalan Persekitaran Berkualiti untuk Fasilitator & Ketua Zon - Penjara Marang 23-24 Nov 09
11)Amalan Persekitaran Berkualiti untuk Fasilitator & Ketua Zon - Uni. Malaysia Terengganu 20-22 Dis 09
12)Projek Rundingan 5S - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 5 Bulan (Jun - Oktober 09)
13)Projek Rundingan 5S - Majlis Daerah Besut (Nov 2009 - April 2010)
14)Projek Rundingan 5S - Jab Hal Ehwal Agama Terengganu (Dis 2009 - Mei 2010)
15)Projek Rundingan 5S - Pejabat Daerah Tanah Kuala Terengganu (Dis 2009 - Mei 2010)

Seminar & Konvensyen

1) Hari Bersama Industri 2 Feb 09
2) Seminar Kecekapan Sektor Awam 23 April 09
3) Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur 22-23 Jun 09


Melihat kepada perkembangan ini, MPC akan terus menambah kursus dan seminar yang diperlukan oleh warga Terengganu ataupun sekitara Pantai Timur pada 2010.

Monday, January 4, 2010

Penghargaan untuk Hajah Nor Aini

Cenderamata sebagai kenang-kenangan kepada Hajah Nor Aini dari warga MPC Terengganu dan WPT
disampaikan oleh En. Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC


Kuala Terengganu - Pada 31 Disember 2009 adalah tarikh terakhir Hajah Nor Aini Haji Ab. Talib, Pengurus Kanan berkhidmat di MPC Terengganu. Khidmat Hajah amat diperlukan di ibu pejabat dan akan menyambung khidmat beliau di sana bermula 4 Januari 2010. Kami kakitangan MPC Terengganu mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan beliau dan mengucapkan selamat maju jaya di tempat kerja baru.

3 Stesen TNB di Marang, Setiu dan Besut dapat Sijil 5S

Setiu - Pada 30 Disember 2009, 3 Stesen TNB Cawangan Marang, Cawangan Kecil Setiu dan Cawangan Besut telah diaudit secara serentak. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga stesen kerana telah layak dipersijilkan. Melihat kepada pencapaian ini, kesemua stesen TNB di Terengganu telah mendapat Sijil 5S. Ini adalah satu tanda aras yang boleh dijadikan contoh oleh mana-mana agensi swasta ataupun awam untuk memastikan setiap cawangan pun turut mendapat sijil 5S.