Monday, March 30, 2009

Kolej Universiti TATI menyahut cabaran laksana 5S

Kijal- Pada 23 Mac 2009, Kolej Universiti TATI telah mengadakan kursus 5S untuk satu hari di kampus mereka. Kursus ini dihadiri oleh pensyarah dan kakitangan pentadbiran TATI. MPC Terengganu mencadangkan bahawa perlaksanaan 5S boleh dipanjangkan kepada pelajar-pelajar ajar mereka turut terdedah dengan aktiviti penambahbaikan ini.

Thursday, March 26, 2009

KIK kali Ke-3 bagi UMT

Kuala Terengganu- Lengkapkan sudah semua wakil Pusat Tanggungjawab bagi Universiti Malaysia Terengganu menghadiri Kursus Inovatif dan Kreatif (KIK). Kursus ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 22 hingga 24 Mac 09. Pihak sekretariat KIK UMT telah menyatakan bahawa pada penghujung tahun ini akan berlangsung satu konvensyen KIK peringkat UMT. Ini bermakna setiap PTJ perlu menghantar sekurang-kurang satu kumpulan KIK ke konvensyen akan datang. MPC Terengganu mengucapkan tahniah kepada pihak UMT di atas komitmen Seksyen Latihan UMT kerana menganjurkan kursus selama 3 hari bagi semua PTJ dan Fakulti.

Thursday, March 19, 2009

Semua Klinik-klinik dan Pejabat Kesihatan Daerah Besut nak Sijil 5S

Besut - Semalam hari terakhir kursus bagi Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) yang Efektif bagi peserta di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Besut (PKDB). Rata-rata telah menunjukkan semangat berkobar-kobar untuk memastikan klinik-klinik awam di Besut mendapat sijil. Mengikut perancangan, PKDB dan semua klinik akan melaksanakan 5S untuk kepentingan perkhidmatan mereka kepada penduduk setempat mendapatkan rawatan yang selesa dan juga membantu kakitangan meningkatkan tahap keselamatan. Kursus ini berlangsung selama dua hari dari 17-18 Mac 2009.

Lagi-lagi 5S.... Kursus Umum 11-12 Mac 2009

Kuala Terengganu - Program kaizen bagi meningkatkan keadaan persekitaran atau ringkasannya 5S makin popular di Terengganu. Baru-baru ini, 20 peserta telah menyertai kursus ini di Motel Desa. Yang hadir ke kursus ini merupakan kakitangan bahagian pengurusan tertinggi organisasi. Antara agensi kerajaan yang hadir ialah Doktor Pakar Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pensyarah UiTM dan pemilik syarikat EKS.

Wednesday, March 11, 2009

Lagi Dua Stesen TNB Akan Dapat Sijil Persekitaran Berkualiti (5S)

Dungun dan AMBS - Pre-audit ke atas dua stesen TNB Cawangan Dungun dan TNB Cawangan Kecil AMBS telah dijalankan pada 3 Mac 2009. Ini adalah inisiatif Pengurus Kawasan Kemaman (TNB) memastikan semua stesen mendapat sijil pada tahun ini. Pada Jun lalu, TNB Kemaman dan TNB Cawangan Kecil AMBS telah menerima sijil 5S. Dua stesen Dungun dan AMBS dijangka menerima kunjungan auditor dari MPC Kuala Lumpur pada 15 April 2009.

Monday, March 2, 2009

Semangat baru, selepas hadiri kursus Strategi Meningkatkan Prestasi Jualan

Kuala Terengganu - Pada 25-26 Februari 2009, seramai 45 peserta kursus yang terdiri daripada syarikat EKS dan juga agensi kerajaan hadir ke kursus ini bagi mendapatkan tips-tips bagi mengetahui strategi yang bersesuaian meningkatkan prestasi jualan. Semasa kursus ini berlangsung peserta-peserta dibenarkan mempromosi produk mereka. Komen diberikan selepas persembahan dijalankan bagi meningkatkan kualiti ucapan, penampilan dan nada suara semasa promosi dijalankan.