Monday, August 24, 2009

Pejabat Daerah dan Tanah Marang Sahut Cabaran 5S

Marang - Pejabat Daerah dan Tanah Marang telah mendapat tempias perlaksanaan 5S. Kejayaan yang ditunjukkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Terengganu melaksanakan 5S dengan baik menyebabkan mereka juga mahu disenaraikan sebagai agensi kerajaan negeri yang bakal mendapat Sijil 5S dari MPC selain memperbaiki keadaan dan mutu penyampaian kepada masyarakat tempatan. Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) untuk Fasilitator dan Ketua Zon ini telah diadakan ditempat mereka ada 19-20 Ogos 09 yang lalu.

Kursus Pemahaman ISO 9001:2008 ke-2

Kuala Terengganu - Hasil permintaan yang tinggi kursus ini dijalankan 2 kali. Kursus diadakan pada 16-17 Ogos 09 kali ini dihadiri oleh kebanyakan syarikat-syarikat kecil di Terengganu. Semua yang hadir ingin mendapatkan maklumat perubahan yang dilakukan di versi 2008 berbanding versi 2000.

Lawatan Rundingan 5S MBKT ke-2

Kuala Terengganu - Ada perubahan yang ketara dilakukan terutama di Bengkel Kenderaan dan sebahagian unit di Stor Kemudahan Awam. Rata-rata kakitangan MBKT telah memahami konsep 5S yang dikehendaki oleh jabatan mereka. Lawatan yang dilihat pada 17-18 Ogos 09 ini setelah melalui banyak proses SISIH dan SUSUN barang lama terkumpul di kawasan kerja masing-masing. Lawatan ke-3 akan disusui sebelum hari raya puasa bulan september ini.

Sunday, August 16, 2009

Taklimat 5S di Majlis Perbandaran Dungun

Dungun - Satu taklimat ringkas 5S telah diadakan di perkarangan Majlis Perbandaran Dungun bagi menerangkan aktiviti 5S pada 13 Ogos 2009. Penerangan ini adalah satu langkah awal sebelum memulakan aktiviti 5S dijalankan secara menyeluruh di semua bahagian di sini. Semua wakil dari setiap jabatan telah hadir bagi mendapatkan idea terbaik dan perancangan bagi menjayakan di MPD.

Sana-sini 5S

Kuala Terengganu - Kursus umum Audit Persekitaran Berkualiti 5S telah diadakan pada 10-11 Ogos 2009. Kebanyakan peserta yang hadir adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan yang berpusu-pusu mempelajari cara yang berkesan menjalankan audit 5S bagi memastikan keadaan di pejabat masing-masing kekal kemas, bersih dan selamat.

Friday, August 7, 2009

ICC untuk Ahli Kumpulan ditawarkan

Kuala Terengganu - Seramai 18 orang dari pelbagai agensi kerajaan di Terengganu telah menghadiri kursus ICC untuk Ahli Kumpulan diadakan pada 5-6 Ogos 09. Kebanyakan peserta masih baru dengan ICC kerana sebelum ini mereka didedahkan dengan KMK. Ini adalah platfom bagi mereka untuk memulakan projek baru dengan menggunakan kriteria ICC yang mana mereka boleh menggunakan pelbagai jenis alat kualiti dan boleh mengetengahkan kreativiti bagi mengubahsuai alat sedia ada atau mencipta aat baru. Aktiviti baru ini juga boleh membantu organisasi mengejar "Star Rating" yang lebih baik.

MBKT Masuk Peringkat ke-2 Laksana 5S

Kuala Terengganu - Kali ini seramai 56 kakitangan yang telah dilantik menjadi Auditor telah menjalani kursus Audit Dalaman 5S yang berlangsung selama 2 hari pada 2-3 Ogos 09. Pada hari pertama kesemua auditor junior mempelajari teori dan kriteria yang MPC gunakan. Pada hari ke-2 mereka akan dilatih untk menjalankan audit di 2 tempat Jab. Perbendaharaan dan Pej. Tempat Letak Kereta MBKT.