Wednesday, April 29, 2009

Xtra-Best & G2 telah persembah ICC di depan Pihak Pengurusan MPC

Persembahan Kumpulan G2

Panel Hakim yang diketuai oleh Dato' Nik Zainiah Nik Abd Rahman, turut disertai En. Mohd Razali Hussain TKP (I) & Tuan Haji Ahmad Fadzil Mahmud TKP (II)


Majlis Sambut Hari Lahir Warga MPC WPT selepas Persembahan ICC

Kuantan - Sebagai peneraju ICC di Malaysia, MPC turut melahirkan banyak kumpulan ICC dalaman bertujuan untuk membantu MPC melaksanakan penjimatan, mempertingkatkan prestasi penyampaian kepada pelanggan, mengurangkan birokrasi dan sebagainya.  MPC Wilayah Pantai Timur setakat ini mempunyai 2 buah kumpulan iaitu Xtra-Best dan G2 yang masing-masing berjaya menyelesaikan projek mereka bagi tahun 2009. Persembahan yang dijalankan di Kuantan ini merupakan sesi pertama dilaksanakan. Ia akan diikuti dengan MPC Sabah, Sarawak, Selatan (Johor), Utara (P.Pinang) dan yang terakhir adalah di peringkat ibu pejabat. Kepada rakan-rakan yang belum mempersembahkan ICC mereka. MPC Terengganu mengucapkan selamat maju jaya...

Monday, April 27, 2009

Forum Kecekapan Sektor Awam - 270 Agen Perubahan dibentuk


Ucapan perasmian disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fadzil Mahmud TKP (II), MPC
Bahan terbitan MPC habis seperti pisang goreng panas!!

Antara Dif-dif jemputan, pembentang kertas kerja dan peserta yang hadir

Sesi perbincangan bersama panel


Kuala Terengganu - Satu Forum Kecekapan Sektor Awam: Pengurusan Perubahan Untuk Penyampaian Bahagian Hadapan peringkat Wilayah Pantai Timur telah diadakan di sini pada 23 April 2009. Seramai 80 Agensi telah hadir dari pelbagai agensi negeri dan persekutuan dari Terengganu, Pahang dan Kelantan. Kesemua yang hadir merupakan agensi yang terlibat secara langsung dengan orang awam seperti Pejabat Tanah, Hospital, Imigresen, Kastam, JPJ, Polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya. Dua kertas kerja dibentang iaitu satu dari MPC dan satu lagi dari TM adalah untuk memberi idea untuk membantu dan berkongsi maklumat untuk meningkatkan kecekapan sektor awam. Selain itu, satu sesi perbincangan turut diadakan. Antara yang hadir menjadi panel ialah Pejabat Tanah & Galian Terengganu, MAMPU dan INTAN Wilayah Pantai Timur. Input juga turut diperolehi dari setiap peserta bagi menambahbaik kecekapan perkhidmatan.

PTG Terengganu, Agensi Pertama dapat Sijil 5S di Terengganu

Kuala Terengganu - Pada 19 April 2009 merupakan saat-saat mengembirakan bagi semua kakitangan PTG Terengganu kerana semangat kerjasama yang ditunjukkan dalam tempoh 8 bulan membuktikan mereka layak mendapat sijil 5S. MPC Terengganu mengucapkan tahniah dan kejayaan ini akan menjadi sebagai tempat rujukan baru bagi agensi kerajaan bagi melaksanakan 5S.

Tahniah TNB Dungun & TNB AMBS

Dungun & AMBS - Tahniah diucapkan kepada kedua-dua stesen ini kerana berjaya mendapat sijil 5S pada 15 April bagi TNB Dungun dan 16 April bagi TNB AMBS. MPC Terengganu mengharapkan warga kerja TNB kedua-dua stesen dapat mengekalkan budaya kerja yang berkualiti tinggi serta mengajak pelanggan TNB melaksanakan 5S. Tahniah TNB!!

Tuesday, April 14, 2009

Pusat Kecemerlangan Pengurusan Produktiviti

MPC Wilayah Pantai Timur (Kuantan, Kuala Terengganu & Kota Bharu)- Setiap pejabat di bandar utama Wilayah Pantai Timur merupakan Pusat Kecemerlangan Pengurusan Produktiviti. Semua agensi kerajaan serta syarikat swasta dijemput ke pejabat MPC untuk mendapatkan manfaat bagi membantu organisasi masing-masing menuju ke arah produktiviti dan daya saing yang lebih cemerlang.

Pusat Kecemerlangan Pengurusan Produktiviti

Meningkat produktiviti dan mampu berdaya saing di peringkat global merupakan kunci kejayaan untuk membangunkan ekonomi negara. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, adalah baik industri di Malaysia dapat mengurus produktiviti dan melaksana program peningkatan produktiviti untuk memperbaiki prestasi masing-masing. Selaras dengan hasrat itu MPC Wilayah Pantai Timur mengambil langkah untuk menjemput semua industri untuk menyertai Pusat Kecemerlangan: Program Pengurusan Produktiviti, MPC Wilayah Pantai Timur.

Objektif

-Untuk memberi kesedaran akan kepentingan pengurusan produktiviti dan penambahbaikan produktiviti ke arah pembangunan ekonomi

-Memperkenalkan syarikat dengan pengurusan kecemerlangan produktiviti

-Menekankan bahawa peningkatan produktiviti akan memberi impak dari segi kestabilan serta menjamin masa depan yang lebih baik

-Menggalakan penggunaan alat pengurusan produktiviti untuk mengetahui pencapaian kualitatif dan kuantitatif syarikat

-Menekankan bahawa pengurusan produktiviti boleh mengurus serta menilai prestasi syarikat

Rangkakerja Pengurusan Produktiviti


Pejabat Tanah & Galian Terengganu telah Bersedia untuk Dipersijilkan 5S

Kuala Terengganu- Pejabat Tanah dan Galian Terengganu akan menjalankan proses Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S) pada 19 April 2009 ini. Pihak PTG Terengganu berasa lebih bersedia setelah mendapat maklum balas dari MPC Terengganu yang baru selesai menjalankan Pra-Audit 5S baru-baru ini pada 12 April 2009. Pihak PTG juga bercadang untuk mengembangkan idea perlaksanaan 5S ini kepada semua Pejabat Tanah dan Daerah di seluruh Terengganu.

Wednesday, April 8, 2009

Hari Keluarga MPC WIlayah Pantai Timur 2009




Kuala Terengganu-
Pada 3-4 April yang lalu telah berlangsung Hari Keluarga MPC Wilayah Pantai Timur 2009 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. MPC Wilayah Pantai Timur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada :
Y. Bhg. Dato' Nik Zainiah Nik Abd Rahman, Ketua Pengarah MPC telah merasmikan Hari Keluarga MPC WPT dan kehadiran suami En. Zainal Munir Yahya serta cucu Ariana telah menceriakan majlis.
Cik Norhaniza Hamir, Presiden PWMPC - sebagai wakil persatuan.



Ucapan tulus ikhlas daripada:



Warga MPC WPT




Memori terpahat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu........................ Semoga berjumpa lagi di Hari Keluarga MPC WPT tahun hadapan...






Sunday, April 5, 2009

Kursus Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti & Taklimat Malaysia Benchmarking Index

Kuala Terengganu- "Pelanggan adalah bos kita". Itulah tanggapan baru peserta yang baru menghadiri kursus Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti. Kursus ini amat berguna pada pesert-peserta yang hadir kerana ia mampu cara mereka melayan pelanggan dengan lebih berkesan dalam memenuhi permintaan mereka. Kursus ini telah diadakan pada 29 April 2009. Pada kursus ini juga, peserta diperkenalkan dengan Malaysia Benchmarking Index bagi menggalakkan syarikat mereka menggunakan platform ini menganalisis prestasi syarikat mereka bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan syarikat.