Thursday, June 25, 2009

RM 26 juta Penjimatan Syarikat dan Agensi Kerajaan hasil projek ICC



Ucapan perasmian oleh En. Nik Mustafa Raja Salleh, Pengarah MPC WPT bagi mewakili Dato' Nik Zainiah Nik Abdul Rahman, Ketua Pengarah MPC.



Peserta semasa pembukaan Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur 2009, 22 Jun 2009.




Dato' Nik Zainiah Nik Abdul Rahman, Ketua Pegarah MPC menyampaikan ucapan aluan.


Semasa sesi penyampaian Piala dan Anugerah kepada peserta oleh Y.B. Ahmad Razif bin Abdul Rahman bagi mewakili Y.A.B. Menteri Besar Terengganu.




Antara yang membuat persembahan di Konvensyen ICC WPT 2009




Orang kuat Konvensyen ICC WPT 2009


Kenangan antara peserta ICC dari Proton diabadikan di Suratkhabar Sinar Harian 25 Jun 2009


Kuala Terengganu - Konvesyen ICC Wilayah Pantai telah berlangsung dengan jayanya pada 22-23 Jun 2009 di Primula Beach Hotel. Seramai 54 kumpulan ICC telah menyertai konvensyen untuk mengetengahkan projek ICC mereka. Ini merupakan penyertai yang teramai sejak anjuran konvensyen ICC di adakan di Wilayah Pantai Timur. Berdasarkan rekod, seramai 600 orang peserta termasuk pemerhati telah hadir ke konvensyen di sini. Penyertaan dari pihak agensi kerajaan telah mendominasi konvensyen kali ini dengan 29 kumpulan manakala 25 kumpulan pula adalah dari pihak swasta. Berikut adalah pecahan konvensyen yang telah dipersembahkan: 1) Breakthrough (inovasi produk); 2)Kecekapan Proses-memendekkan proses kerja; 3)Pengurangan Downtime & Pengurangan Masa; dan 4)Penambaikan Produk & Perkhidmatan.


Sebanyak 44 kumpulan telah mendapat Anugerah Emas manakala 10 lagi telah mendapat Anugerah Perak. MPC mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang telah dihujani emas dan yang mendapat perak diharapkan dapat berjumpa lagi di tahun hadapan......

Kami bersedia! - Fasilitator 5S MBKT

Kuala Terengganu - Seramai 50 Kakitangan MBKT telah layak digelar Fasilitator dan Ketua Zon bagi setiap jabatan atau bahagian di Majis Bandaraya Kuala Terengganu. Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti untuk Fasilitator dan Ketua Zon telah dilaksanakan pada 17-18 Jun 2009 di Dewan Seminar Bangunan PMINT. Lawatan pertama untuk melihat 5S di MBKT adalah pada 6-7 Julai 2009.

Friday, June 12, 2009

Permurniaan ICC - Jab. Kesihatan Terengganu

Batu Rakit - Bagi memantapkan lagi projek KIK, Jabatan Kesihatan Terengganu telah menganjurkan mock-up Konvensyen KIK di Institut Latihan Kesihatan Awam. Persembahan telah dilaksanakan selama 2 hari pada 3-4 Jun 2009 yang mana pada hari pertama untuk kumpulan teknikal manakala hari kedua untuk kumpulan pengurusan. Setiap kumpulan telah mendapat banyak tips berguna bagi mempertingkatkan pada persembahan sebenar pada 24-25 Jun 2009 nanti.

MBKT Sasar Sijil 5S Hujung Tahun 2009

Kuala Terengganu - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mensasarkan mendapatkan sijil 5S pada hujung tahun ini. Datuk Bandar MBKT telah mengajak semua warga MBKT bersama-sama dan bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat ini. Sebagai permulaan setiap wakil dari setiap jabatan akan berkursus selama 2 hari apda 17 -18 Jun 2009 ini. MPC Terengganu mengucapkan selamat maju jaya....

Monday, June 8, 2009

Bijak Mengurus Masa berlandaskan Aktiviti.. pasti berjaya

Kuala Terengganu - Kebanyak manusia mengatakan tidak cukup masa....... adakah ini betul? Jika diteliti setiap individu hanya dibekal 24 jam sehari. Tiada yang terlebih seminit atau pun kurang seminit. Sebenarnya jika seseorang itu bijak mengurus masa dengan baik....insyallah pasti kita tidak akan tertinggal pun satu aktiviti yang telah kita rancang. MPC Terengganu telah menganjurkan satu kursus Pengurusan Masa yang Berkesan pada 1-2 Jun yang lalu bagi mengajak warga Kuala Terengganu mengutamakan aktiviti yang penting agar setiap aktiviti dapat kita selesaikan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Monday, June 1, 2009

5S melanda Terengganu.....

Kuala Terengganu - Pada 26-27 Mei 2009, kursus Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diadakan di sini. Kebanyakan yang hadir adalah peserta dari agensi kerajaan yang sudah mula menyatakan minat untuk melaksana aktiviti ini di pejabat masing-masing. Mereka berpendapat banhawa 5S ini mampu mengubah cara kerja dan boleh mempertingkat produktiviti mereka. Apa-apa pun, MPC Terengganu mengucapkan selamat ber '5S'.

Perubahan ISO 9001:2008 diterangkan....

Kuala Terengganu - Pada 24-25 Mei 2009, satu kursus Understanding ISO 9001:2008 dijalankan di sini bagi membantu syarikat dan agensi kerajaan memahami perubahan yang telah dilakukan oleh pihak TC 176. Versi 2008 yang dikeluarkan sekaligus menggantikan versi lama dan semua syarikat atau agensi kerajaan diberi masa 2 tahun sehingga tahun 2010 untuk memperbaharui sijil.