Tuesday, March 9, 2010

Blog Baru MPC Terengganu

Kepada semua yang melawati blog MPC, kami telah menggunakan Blog Rasmi mulai Februari 2010. Sila ke http://blogterengganu.mpc.gov.my

Buat semetara ini administrator sedang memikirkan kandungan baru untuk mpctrg.blogspot.com

Sekiranya ada cadangan untuk blog ini, boleh kemukakan kepada admin.

Terima kasih.

Saturday, February 20, 2010

Kertas Kerja Hari Bersama Pelanggan

Seperti yang dijanjikan berikut adalah kertas kerja yang telah dipersembah pada Hari Bersama Pelanggan pada 18 Februari 2010:

1) Kertas Kerja Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu 1 Sijil 1 Negeri oleh Y.A.A. Dato' Haji Ismail Yahya

2) Kertas Kerja Tranformasi oleh Tuan Haji Isa Abu Bakar, Perbadanan Produktiviti Malaysia

Hari Bersama Pelanggan Meriah

Kuala Terengganu - Pada 18 Februari 2010, MPC dan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah menganjurkan Hari Bersama Pelanggan. Pada majlis ini, sesi Penyerahan Sijil Amlan Persekitaran Berkualiti (QE) kepada Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu turut diadakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Khazan Che Mat, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.


Kata-kata aluan disampaikan oleh
Y. Bhg. En. Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC



Ucapan Perasmian oleh
Y. B. Tuan Haji Khazan Che Mat




Sambutan hangat, 300 peserta hadir Hari Bersama Pelanggan

Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh Yang Amat Arif Dato' Haji Ismail Yahya , Ketua Hakim Syarie dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan kertas kedua dibentangkan oleh Tuan Haji Isa Abu Bakar dari MPC. Kemudian, satu sesi Forum diadakan untuk peserta berinterasi dengan panel-panel yang telah dijemput khas iaitu Y.A.A. Dato' Haji Ismail Yahya, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, Tuan Haji Samiun Salleh, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tuan Haji Kamaludin Ismail, Timbalan Pengarah PTG Terengganu dan En. Suris Mihat, Pengarah Pekhidmatan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan.



Forum yang dipengerusikan oleh En. Nik Mustafa Raja Salleh Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur




Pada sebelah petang, semua peserta telah didedahkan amalan-amalan terbaik perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu merupakan badan perundangan pertama yang dipersijilkan 1 Sijil 1 Negeri.
Lawatan peserta ke Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
En. Mohd Razali turut mencuba amalan kreatif kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu

Monday, February 8, 2010

Bengkel ICC - Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Batu Rakit - Pada 2-4 Februari 2010, kakitangan perpustakaan telah mendalami kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif, sebanyak 5 kumpulan telah ditubuhkan untuk membincangkan masalah-masalah yang berlaku di pentadbiran perpustakaan. KIK adalah satu kaedah digunakan oleh organisasi dan syarikat untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Berdasarkan maklumbalas yang diterima keenam-enam kumpulan ini 6 projek akan dilaksanakan tahun ini. MPC Terengganu mengucapkan syabas mengorak langkah baru untuk menjadi organisasi lebih efisien dan cekap.

Sunday, January 31, 2010

Kursus Auditor Dalaman bagi Amalan Persekitaran Berkualiti - MD Besut

Kg Raja - pada 24-25 Januari 2010 yang lalu, seramai 40 orang peserta telah menyertai kursus bagaimana hendak menjalankan audit dalam 5S. Kursus ini amat penting kerana ia mampu mengekalkan keadaan pejabat standard 5S dan juga menambahbaik kelemahan yang wujud. Kursus 2 hari ini juga telah mengajar kakitangan untuk membentuk kriteria sendiri mengikut keperluan semasa.

Kursus Meningkat Prestasi Jualan 20-21 Januari 2010

Kuala Terengganu - Tahun 2010 adalah tahun mencabar, di mana kita mendengar bahawa Kerajaan Malaysia telah mengurangkan bajet operasi di antara 14-20 % pada tahun ini. Oleh yang demikian, Syarikat-syarikat yang banyak bergantung kepada agensi kerajaan mengubah strategi bagi mengurang kebergantungan terhadap tender kerajaan dengan mencari peluang-peluang perniagaan selain kerajaan. Kursus yang ditawarkan mampu memberi idea bagaimana syarikat hendak mendapatkan hasil jualan yang tinggi walaupun berada di zaman sukar.

Tuesday, January 19, 2010

Inforana, Kolej Swasta di Terengganu Sertai Komuniti 5S

Kuala Terengganu - Pada 16 Januari 2010, semua kakitangan pentadbiran dan akademik Institusi Kemahiran ICT, Pengurusan, Hotel & Pelancongan telah menghadiri Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti yang Efektif. Ini sebagai langkah persiapan untuk mempersiapkan diri masing-masing dengan budaya kerja yang baru di tempat kerja baru. Hotel Inforana di Gong Kuin dijangka siap pada Mac 2010. Sebagai pusat rujukan utama perhotelan di Terengganu, pihak pengurusan ingin memastikan budaya 5S ini diterapkan dikalangan kakitangan dahulu sebelum diterapkan kepada pelajar. MPC Terengganu mengucapkan syabas kepada Inforana di atas inisiatif baru ini.