Thursday, December 17, 2009

Peringatan Laksana 5S di MPC Terengganu

Kuala Terengganu - Satu pertandingan reka peringatan 5S di Desktop komputer setiap kakitangan telah diadakan di kalangan warga MPC Terengganu. Hasilnya satu "background" telah terpilih. "Background"Desktop akan ditukar dari masa ke semasa untuk mengelakkan rasa bosan dan ini adalah salah satu aktiviti promosi 5S di MPC Terengganu. Sila rujuk gambar desktop yang telah dipilih pada minggu ini.





Wednesday, December 16, 2009

MPC Terengganu akan dipersijilkan 5S


Kuala Terengganu - MPC Terengganu akan dipersijilkan 5S tidak lama lagi. Sebagai tenaga pengajar Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) nombor satu di Malaysia, MPC Terengganu turut membukti bahawa pejabat MPC mencapai standard yang telah ditetapkan. Berikut adalah carta 5S MPC Terengganu.



Kem ICC di Setiu meriah

Setiu - Seramai 34 peserta dari 5 Jabatan dan syarikat telah menyertai kem ICC ini. Ini adalah kem pertama seumpama ini dianjurkan oleh MPC Terengganu. Rata-rata semua peserta tidak pernah didedahkan dengan seperti sebelum ini. Aktiviti mencabar minda telah berjaya mencungkil bakat kreativiti dan inovasi untuk diluahkan semasa kem ini berlangsung. Kem ini telah bermula dari 13-15 Disember 2009 diadakan di Peladang Agrotourism Setiu. Peserta memohon kepada MPC Terengganu untuk mengadakan banyak lagi siri kem untuk tahun 2010.

Pejabat Daerah Tanah Kuala Terengganu berkursus 5S di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur - Pada 10-12 Disember 2009 yang lalu seramai 48 kakitangan telah menghadiri kursus yang telah diadakan di salah sebuah hotel di Chow Kit Kuala Lumpur. Kesan 5S telah mula dirasai di seluruh Terengganu dan keadaan ini telah memanggil pihak Pejabat Daerah Tanah Kuala Terengganu untuk melaksanakan 5S di seluruh pejabat dan stor.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu mahu laksana 5S

Kuala Terengganu - Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah bersetuju melantik MPC Terengganu sebagai perunding untuk menjayakan perlaksanaan 5S. Setakat ini seramai 50 kakitangan dari pelbagai gred telah menghadiri kursus Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) untuk Fasilitator dan Ketua Zon di Kuantan pada 1-3 Disember 2009. Peserta juga didedahkan dengan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Pekan dalam satu lawatan 5S di Pekan pada 2 Disember 2009. MPC mengucapkan selamat maju jaya.

Wednesday, December 9, 2009

Tahniah Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu

Kuala Terengganu - MPC Terengganu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di atas kejayaan mendapatkan Sjil Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) termasuk Mahkamah Rendah Syariah di setiap daerah seluruh Terengganu. Ini adalah satu percubaan berani memohon SATU SIJIL untuk keseluruhan Jabatan termasuk di setiap daerah. Tiada yang mustahil!

Monday, November 16, 2009

Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Berkualiti (5S) - 15 Disember 2009

DAFTAR SEGERA - Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Pantai Timur akan menganjurkan Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Berkualiti (5S) Wilayah Pantai Timur 2009 pada 15 Disember 2009 di Pekan Pahang, bertujuan mendedahkan usaha-usaha inovasi dan kreativiti yang dicapai melalui aktiviti Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh sesebuah organisasi.

Tarikh Tutup Penyertaan ialah 8 Disember 2009

Sila download borang ini dan DAFTAR SEGERA!

http://docs.google.com/fileview?id=0B2L6kT76fYuTZTRmN2I2MWMtMzk4NC00ZDgwLWE0MGQtOWRiY2NmZmJjMWM4&hl=en

Majlis MBKT Gilang-gemilang Terima Sijil 5S MPC



Kuala Terengganu - 10 November 2009, semua kakitangan MBKT berasa bangga dan seronok apabila Sijil 5S yang dinantikan akhirnya sampai juga. Majlis diceriakan lagi dengan kehadiran Y.A.B. Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu menerima sijil dari En. Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia. Sijil ini kemudiannya diserahkan kepada Dato' Haji Mat Razali Kassim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Selain daripada Sijil 5S MPC, MBKT turut menerima sijil ISO 9001:2008 dari pihak SIRIM QAS.

Y.A.B. Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya berharap semua kakitangan MBKT dapat menjadikan kejayaan hari ini sebagai satu platform untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Kuala Terengganu. Ini adalah satu titik permulaan untuk menjadi sebuah Bandaraya Warisan Pesisir Air yang maju dan Lestari menjelang tahun 2018.

Thursday, November 12, 2009

8-9 Nov 09 - Warga MD Besut Berkampung untuk Faham 5S

Kg Raja - Seramai 52 kakitangan Majlis Daerah Besut telah menghadiri Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti untuk Fasilitator & Ketua Zon pada 8-9 Nov 2009. Ini adalah satu permulaan untuk semua kakitangan MDB bagi mendalami 5S sebelum perlaksanaan dijalankan di semua kawasan MD Besut.

Friday, November 6, 2009

Ramai Sertai Kursus Mengurus Produktiviti Syarikat

Kuala Terengganu - Pada 27-28 Oktober 2009 yang lalu, satu kursus Mengurus Produktiviti Syarikat telah diadakan di sini. Ia bertujuan untuk membantu syarikat atau agesi kerajaan yang menjalankan projek bimbingan kepada usahawan-usahawan baru kekal berdaya saing. Kebanyakan pengusaha syarikat hanya mementingkan keuntungan berbanding produktiviti syarikat. Kalau diamati dengan betul keuntungan hanya memberi pulangan jangka pendek manakala produktiviti membantu syarikat kekal berdayasaing untuk masa jangka panjang. Kebanyakan syarikat yang ada di Malaysia gagal bertahan lama kerana tidak mengurus sumber manusia, material, mesin dengan baik. Akhirnya semua sumber input tidak digunakan sepenuhnya maka pembaziran berlaku. Ini yang menyebabkan banyak syarikat gulung tikar.

Kursus ini juga semua peserta akan belajar cara menggunakan perisian COMPASS (Company Manual for Productivity Assessment). COMPASS ini digunakan untuk mengukur tahap kecekapan syarikat menggunakan sumber yang ada dan akhirnya membantu memberi signal samada syarikat produktif atau tidak. Untuk pentanyaan lanjut tentang kursus ini sila hubungi MPC Terengganu.

Majlis Daerah Besut Turut Berminat Laksana 5S

Kampung Raja - Satu taklimat perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) kepada kakitangan termasuk bahagian pengurusan telah diadakan semalam 5 Nov 2009. Taklimat ini bertujuan memberi idea tentang 5S yang akan dilaksanakan dan juga memastikan semua kakitangan tahu tentang tujuan perlaksanaan 5S di tempat kerja mereka. Kursus 2 hari tentang 5S bakal diadakan pada 8-9 November ini. MPC Terengganu mengucapkan selamat maju jaya.

MBKT Layak Persijilan 5S!! - Tahniah

Kuala Terengganu - MPC Terengganu mengucapkan syabas kepada semua kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu atas kejayaan melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dengan baik sekali. Kejayaan ini akan meletakkan MBKT model contoh kepada Pihak Berkuasa Tempatan lain di Terengganu dan juga lain-lain PBT di Malaysia. MBKT telah melaksanakan 5S di semua jabatan termasuk bengkel kenderaan. Sekali lagi syabas diucapkan.

Wednesday, October 21, 2009

Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu mahu Sijil 5S

Kuala Terengganu - Semalam 20 Oktober 2009, Jab. Kehakiman Syariah telah meminta pihak MPC Terengganu untuk menjalankan pra-audit persijilan 5S. Jab. Kehakiman Syariah Terengganu merupakan satu-satunya yang mahu SATU SIJIL 5S untuk SATU NEGERI (termasuk mahkamah rendah syariah di setiap daerah). Semangat Satu Malaysia diterapkan dalam pentadbiran Jabatan ini. MPC mengucapkan selamat maju jaya dalam Persijilan 5S akan datang.

MBKT sedang di Audit Persijilan 5S

Kuala Terengganu - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sedang diaudit persijilan 5S bermula 20-21 Oktober 2009. Sebelum ini, MBKT telah di pra-audit pada 7-8 Okt 09 sebagai langkah persediaan untuk persijilan sebenar.

Sunday, October 11, 2009

Formal Rules And Etiquettes In Tele – conversation – Part 2

2. HANDLING AND CLOSING CONVERSATION

Conversation with employers can be easily handled as long as you manage to maintain your professional composure and knowing the content you intend to convey. Flattery should be avoided if possible when confronting your superiors, because it might give the impression that you are not focusing on the job. Let your words be professional and respectful at all times. For example, do not call your employer by their first name unless that is the culture in the work environment or it the employer insists ( or have given permission) on being addressed by name. when in doubt, use a simple “Sir/Madam” or use their title (e.g. Datuk/Your Excellency) if they have one.

Be calm at all times, yet inject just the right amount of friendliness to express you are an open person who is ready to communicate. For example, a good and appropriate joke can help break the ice between colleagues, though perhaps not when communicating with the employer. Having a calm tone of voice and confident in communicating your work progress clearly are what employers are looking for during telephone conversations.

The approach is similar with regards to closing the conversation. Once the issue of the conversation is settled, ask a simple question, “Is there anything further I can help you with?” in a relaxed and professional manner. “Professional” is the key word. Do not sound as if you in a hurry to end the conversation, yet at are the same time do not sound too complacent as if you have nothing else to do (again, do not prolong the conversation if the employer seems to be in a hurry). Try to sound polite and helpful, eager and ready to assist/facilitate your employer further before ending the conversation.

Once the conversation ended and both sides have said goodbye, allow your employer to hang up first, avoiding the tendency to put your phone down too hard, which could be misinterpreted as slamming the phone in anger if the employer happens to be still on the line. Since this is a telephone conversation instead of face to face conversation, the potential for misunderstanding is always there, so do not take any chances for error.

3. GENERAL TIPS

General tips on how to make conversations with employers run smoothly are as follow :

  • Think through what you are going to say, keep it brief and to the point, avoid tones of uncertainly, such as “ Ummm….” and “Aahhhh….” or other distracting telephone noises.
  • Have some basic point written down so that you can move through the telephone conversation in a logical and efficient manner. This is especially useful in case your employer asks you to summarise or repeat his/her instruction at the end of the conversation to confirm that you have noted the correct details
  • Minimise distractions during the phone call – if the call is on your mobile phone and the location is noisy, move towards a quieter area where the reception is better and clearer. If you are using a regular telephone, try to minimise the noise as much as possible (close the window, ask colleagues to lower their voice, etc.). Distracting noises will only increase the chances for miscommunication and could potentially turn the conversation into blurry words and unnecessary repetitions.
  • Try to smile when speaking because it helps to bring out your positive personality: bright, confident, positive and relaxed.
  • Keep conversation clear – avoid speaking too quickly. Articulate/pronounce words clearly and if you are using a mobile phone, make sure the signal is clear. The only thing worse than shouting at your boss is having the boss shout back to you.
(to be continued)

Sunday, October 4, 2009

Formal Rules And Etiquettes In Tele-conversation

First Edition, August 2009

Published By,
Malaysia Productivity Corporation

You may find it difficult to believe the above situation actually happened. But believe us, it actually did. That was one of the scenarios that we came across when we called some of office in Malaysia, either private or public sectors, while conducting our research.

It makes you wonder, how such rude people can become an asset to organisations that strive hard for excellence, or be an asset for business empire that struggles to build their business.

Whatever the reasons may be, there is always room for improvement as long as the person is willing to change his/her bad behaviour. " If there is a will, there is a way." And this is what this Guidebook is all about, instructing and guiding all members of the public on formal telephone conversation skill, with scenarios to show how etiquette is incorporated and used in real life conversations.

The target of the Guidebook is for students who wish to have an advantage when they enter the workforce, for workers who wish to stand out advance their careers, and for trainers who can use the Guidebook to help train those who are not familiar with formal telephone conversation skill

TELEPHONE ETIQUETTE :

Employer / Employee

A good head start on telephone etiquette is to observe and listen to telephone conversations between employers and employees. This is the type of telephone conversation that workers conversation that workers will likely face on a daily basis. Appropriate greeting and endings to calls help build a good rapport with callers. It also avoids giving any negative impression that you are stalling and hot attendeing to callers' enquiries.

1. Greeting

First impressions are always important and a proper greeting is the best way to ensure a good impresion with employers. The elements of an appropriate greeting are :

• identify yourself,
• give your job title/department, and
• politely ask who is on the other line, and if your workplace has a caller-ID system, you can immediately address your employer with " Good Morning, Sir/Madam" or " Good day Sir/Madam".

The most important thing is your attitude, which needs to be cheerful when answering a telephone call. A cheerful tone of voice would certainly infuse a sense of welcome to the callers and make them happy.

The first two elements are helpful in confirming that you are the person that your employer is seeking, especially if the work environment is a big office with a large number of employees and many different departments. The third element demonstrates proper respect for your employer and show s that you can handle formal conversations.
(to be continued)

Tuesday, September 22, 2009

Lawatan ke-3 Rundingan 5S MBKT

Kuala Terengganu - Lawatan ke-3 dijalankan pada 15-16 September 2009. Pada lawatan semua jabatan telah melaksanakan 5S dengan baik dan ada yang dahulunya ketinggalan dan kini berada dan mengatasi jabatan yang cemerlang. Antaranya Bengkel Bukit Kecil, Cawangan Utara dan Stor Chendering. Pihak pengurusan MBKT telah mensasarkan untuk mendapat sijil 5S pada hujung bulan Oktober 09. Semua kakitangan telah menyahut cabaran tersebut untuk memperbaiki keadaan pejabat, bengkel dan stor masing-masing ke tahap yang cemerlang.

Monday, August 24, 2009

Pejabat Daerah dan Tanah Marang Sahut Cabaran 5S

Marang - Pejabat Daerah dan Tanah Marang telah mendapat tempias perlaksanaan 5S. Kejayaan yang ditunjukkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Terengganu melaksanakan 5S dengan baik menyebabkan mereka juga mahu disenaraikan sebagai agensi kerajaan negeri yang bakal mendapat Sijil 5S dari MPC selain memperbaiki keadaan dan mutu penyampaian kepada masyarakat tempatan. Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) untuk Fasilitator dan Ketua Zon ini telah diadakan ditempat mereka ada 19-20 Ogos 09 yang lalu.

Kursus Pemahaman ISO 9001:2008 ke-2

Kuala Terengganu - Hasil permintaan yang tinggi kursus ini dijalankan 2 kali. Kursus diadakan pada 16-17 Ogos 09 kali ini dihadiri oleh kebanyakan syarikat-syarikat kecil di Terengganu. Semua yang hadir ingin mendapatkan maklumat perubahan yang dilakukan di versi 2008 berbanding versi 2000.

Lawatan Rundingan 5S MBKT ke-2

Kuala Terengganu - Ada perubahan yang ketara dilakukan terutama di Bengkel Kenderaan dan sebahagian unit di Stor Kemudahan Awam. Rata-rata kakitangan MBKT telah memahami konsep 5S yang dikehendaki oleh jabatan mereka. Lawatan yang dilihat pada 17-18 Ogos 09 ini setelah melalui banyak proses SISIH dan SUSUN barang lama terkumpul di kawasan kerja masing-masing. Lawatan ke-3 akan disusui sebelum hari raya puasa bulan september ini.

Sunday, August 16, 2009

Taklimat 5S di Majlis Perbandaran Dungun

Dungun - Satu taklimat ringkas 5S telah diadakan di perkarangan Majlis Perbandaran Dungun bagi menerangkan aktiviti 5S pada 13 Ogos 2009. Penerangan ini adalah satu langkah awal sebelum memulakan aktiviti 5S dijalankan secara menyeluruh di semua bahagian di sini. Semua wakil dari setiap jabatan telah hadir bagi mendapatkan idea terbaik dan perancangan bagi menjayakan di MPD.

Sana-sini 5S

Kuala Terengganu - Kursus umum Audit Persekitaran Berkualiti 5S telah diadakan pada 10-11 Ogos 2009. Kebanyakan peserta yang hadir adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan yang berpusu-pusu mempelajari cara yang berkesan menjalankan audit 5S bagi memastikan keadaan di pejabat masing-masing kekal kemas, bersih dan selamat.

Friday, August 7, 2009

ICC untuk Ahli Kumpulan ditawarkan

Kuala Terengganu - Seramai 18 orang dari pelbagai agensi kerajaan di Terengganu telah menghadiri kursus ICC untuk Ahli Kumpulan diadakan pada 5-6 Ogos 09. Kebanyakan peserta masih baru dengan ICC kerana sebelum ini mereka didedahkan dengan KMK. Ini adalah platfom bagi mereka untuk memulakan projek baru dengan menggunakan kriteria ICC yang mana mereka boleh menggunakan pelbagai jenis alat kualiti dan boleh mengetengahkan kreativiti bagi mengubahsuai alat sedia ada atau mencipta aat baru. Aktiviti baru ini juga boleh membantu organisasi mengejar "Star Rating" yang lebih baik.

MBKT Masuk Peringkat ke-2 Laksana 5S

Kuala Terengganu - Kali ini seramai 56 kakitangan yang telah dilantik menjadi Auditor telah menjalani kursus Audit Dalaman 5S yang berlangsung selama 2 hari pada 2-3 Ogos 09. Pada hari pertama kesemua auditor junior mempelajari teori dan kriteria yang MPC gunakan. Pada hari ke-2 mereka akan dilatih untk menjalankan audit di 2 tempat Jab. Perbendaharaan dan Pej. Tempat Letak Kereta MBKT.

Monday, July 27, 2009

Kursus Kualiti - Motivasi kepada Pekerja Pertubuhan Peladang Terengganu

Kuala Terengganu - Pada 23 Julai 2009, pihak Pertubuhan Peladang telah menjalankan kursus kesedaran tentang bagaimana menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Kursus ini dihadiri oleh wakil-wakil PPK dan anak-anak syarikat seluruh negeri Terengganu.

Atostech Sdn Bhd Laksana Latihan Audit Dalaman ISO 9001:2008

Kuala Terengganu - Pada 21-22 Julai yang lalu syarikat pengeluar tangki septik dan tangki air fiber Atostech Sdn Bhd telah melaksanakan kursus 2 hari bagi melatih kakitangan menjalankan audit dalaman ISO 9001:2008. Sekiranya semua berjalan lancar, pada penghujung tahun ini, pihak syarikat akan memanggil CB untuk menjalankan audit persijilan ISO.

Sunday, July 12, 2009

Lawatan Pertama MBKT - Rundingan 5S

Kuala Terengganu - Pada 6-7 Julai 2009, lawatan pertama bagi sesi rundingan Persekitaran Berkualiti (5S) telah diadakan untuk melihat dan memantau perkembangan 5S di MBKT. Kebanyakan telah menyisih dan ada juga telah sampai ke peringkat susun. Perkembangan yang ditunjukkan adalah mengikut jadual. Semua jabatan telah dimaklumkan lawatan seterusnya akan diadakan pada 26 dan 29 Julai 2009.

Thursday, July 2, 2009

Petronas Wilayah Pantai Timur Jadikan 5S Budaya Kerja Baru

Kerteh - Penyelaras atau koordinator 5S akan mencadangkan kepada pengurusan Petronas WPT untuk mendapatkan sijil 5S. Persijilan merupakan sasaran PWPT bagi menjadikan 5S satu kenyataan dan semua kakitangan akan lebih bersungguh-sungguh melaksanakan budaya 5S yang cemerlang. Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti dan Audit Dalaman Persekitaran telah berjalan pada 29-20 Jun di Anjung Kemasik, Kelab Rekreasi Golf Petronas. Seramai 30 kakitangan baru dan lama telah menhadiri kursus ini.

Thursday, June 25, 2009

RM 26 juta Penjimatan Syarikat dan Agensi Kerajaan hasil projek ICC



Ucapan perasmian oleh En. Nik Mustafa Raja Salleh, Pengarah MPC WPT bagi mewakili Dato' Nik Zainiah Nik Abdul Rahman, Ketua Pengarah MPC.



Peserta semasa pembukaan Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur 2009, 22 Jun 2009.




Dato' Nik Zainiah Nik Abdul Rahman, Ketua Pegarah MPC menyampaikan ucapan aluan.


Semasa sesi penyampaian Piala dan Anugerah kepada peserta oleh Y.B. Ahmad Razif bin Abdul Rahman bagi mewakili Y.A.B. Menteri Besar Terengganu.




Antara yang membuat persembahan di Konvensyen ICC WPT 2009




Orang kuat Konvensyen ICC WPT 2009


Kenangan antara peserta ICC dari Proton diabadikan di Suratkhabar Sinar Harian 25 Jun 2009


Kuala Terengganu - Konvesyen ICC Wilayah Pantai telah berlangsung dengan jayanya pada 22-23 Jun 2009 di Primula Beach Hotel. Seramai 54 kumpulan ICC telah menyertai konvensyen untuk mengetengahkan projek ICC mereka. Ini merupakan penyertai yang teramai sejak anjuran konvensyen ICC di adakan di Wilayah Pantai Timur. Berdasarkan rekod, seramai 600 orang peserta termasuk pemerhati telah hadir ke konvensyen di sini. Penyertaan dari pihak agensi kerajaan telah mendominasi konvensyen kali ini dengan 29 kumpulan manakala 25 kumpulan pula adalah dari pihak swasta. Berikut adalah pecahan konvensyen yang telah dipersembahkan: 1) Breakthrough (inovasi produk); 2)Kecekapan Proses-memendekkan proses kerja; 3)Pengurangan Downtime & Pengurangan Masa; dan 4)Penambaikan Produk & Perkhidmatan.


Sebanyak 44 kumpulan telah mendapat Anugerah Emas manakala 10 lagi telah mendapat Anugerah Perak. MPC mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang telah dihujani emas dan yang mendapat perak diharapkan dapat berjumpa lagi di tahun hadapan......

Kami bersedia! - Fasilitator 5S MBKT

Kuala Terengganu - Seramai 50 Kakitangan MBKT telah layak digelar Fasilitator dan Ketua Zon bagi setiap jabatan atau bahagian di Majis Bandaraya Kuala Terengganu. Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti untuk Fasilitator dan Ketua Zon telah dilaksanakan pada 17-18 Jun 2009 di Dewan Seminar Bangunan PMINT. Lawatan pertama untuk melihat 5S di MBKT adalah pada 6-7 Julai 2009.

Friday, June 12, 2009

Permurniaan ICC - Jab. Kesihatan Terengganu

Batu Rakit - Bagi memantapkan lagi projek KIK, Jabatan Kesihatan Terengganu telah menganjurkan mock-up Konvensyen KIK di Institut Latihan Kesihatan Awam. Persembahan telah dilaksanakan selama 2 hari pada 3-4 Jun 2009 yang mana pada hari pertama untuk kumpulan teknikal manakala hari kedua untuk kumpulan pengurusan. Setiap kumpulan telah mendapat banyak tips berguna bagi mempertingkatkan pada persembahan sebenar pada 24-25 Jun 2009 nanti.

MBKT Sasar Sijil 5S Hujung Tahun 2009

Kuala Terengganu - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah mensasarkan mendapatkan sijil 5S pada hujung tahun ini. Datuk Bandar MBKT telah mengajak semua warga MBKT bersama-sama dan bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat ini. Sebagai permulaan setiap wakil dari setiap jabatan akan berkursus selama 2 hari apda 17 -18 Jun 2009 ini. MPC Terengganu mengucapkan selamat maju jaya....

Monday, June 8, 2009

Bijak Mengurus Masa berlandaskan Aktiviti.. pasti berjaya

Kuala Terengganu - Kebanyak manusia mengatakan tidak cukup masa....... adakah ini betul? Jika diteliti setiap individu hanya dibekal 24 jam sehari. Tiada yang terlebih seminit atau pun kurang seminit. Sebenarnya jika seseorang itu bijak mengurus masa dengan baik....insyallah pasti kita tidak akan tertinggal pun satu aktiviti yang telah kita rancang. MPC Terengganu telah menganjurkan satu kursus Pengurusan Masa yang Berkesan pada 1-2 Jun yang lalu bagi mengajak warga Kuala Terengganu mengutamakan aktiviti yang penting agar setiap aktiviti dapat kita selesaikan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Monday, June 1, 2009

5S melanda Terengganu.....

Kuala Terengganu - Pada 26-27 Mei 2009, kursus Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diadakan di sini. Kebanyakan yang hadir adalah peserta dari agensi kerajaan yang sudah mula menyatakan minat untuk melaksana aktiviti ini di pejabat masing-masing. Mereka berpendapat banhawa 5S ini mampu mengubah cara kerja dan boleh mempertingkat produktiviti mereka. Apa-apa pun, MPC Terengganu mengucapkan selamat ber '5S'.

Perubahan ISO 9001:2008 diterangkan....

Kuala Terengganu - Pada 24-25 Mei 2009, satu kursus Understanding ISO 9001:2008 dijalankan di sini bagi membantu syarikat dan agensi kerajaan memahami perubahan yang telah dilakukan oleh pihak TC 176. Versi 2008 yang dikeluarkan sekaligus menggantikan versi lama dan semua syarikat atau agensi kerajaan diberi masa 2 tahun sehingga tahun 2010 untuk memperbaharui sijil.

Wednesday, May 20, 2009

Praktikal Audit Persekitaran Berkualiti Jab. Kehakiman Syariah Terengganu

Kuala Terengganu - Seramai 30 peserta telah menghadiri pemantapan Audit dan rundingan bagi melaksanakan 5S di Jab. Kehakiman Syariah Terengganu pada 17 Mei 2009 di Bilik Gerakan Jab. Kehakiman Syariah di Kuala Terengganu. Ini adalah siri kedua bagi memperbaiki tahap pemahaman peserta tentang perlaksanaan 5S yang berkesan.

Transformasi KMK kepada KIK oleh Jab. Kesihatan Terengganu

Setiu - Pada 12-14 Mei 2009, seramai 50 peserta kursus Kumpulan Inovatif & Kreatif atau Innovative & Creative Circle telah hadir bagi memantapkan lagi pengetahuan kursus. Kursus 2 hari 2 malam ini diadakan bagi membantu kumpulan-kumpulan KIK yang ditubuh oleh setiap Pejabat Kesihatan Daerah seluruh Terengganu membaiki slide persembahan dan kaedah yang digunakan dalam projek masing-masing. Ini adalah langkah persediaan mereka untuk menyertai persembahan di Konvenyen peringkat Negeri Terengganu dan Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timu pada Jun ini.

Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur 2009 ialah pada 22-23 Jun 2009 di Primula Beach Resort

Wednesday, May 13, 2009

Lanjut Ijazah Lanjutan, Master & PhD

Menenangkan fikiran sebelum temuduga dengan berlawak jenaka

Antara rakan dari MPC Wilayah dan Ibu Pejabat yang menghadiri Temuduga


Petaling Jaya- 7 Mei 2009 seramai 11 pegawai MPC telah dipanggil untuk temuduga melanjutkan pelajaran ke Ijazah Lanjutan dan Kedoktoran. MPC setiap tahun akan menghantar pegawai-pegawainya melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi bagi menampung keperluan industri dan juga menambah nilai seseorang pegawai. Kepada pegawai yang telah mendapat restu untuk melanjutkan pelajaran MPC Terengganu mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya agar ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama.  


Saturday, May 2, 2009

Auditor 5S dilatih

Kuala Terengganu- Baru-baru ini pada 29-30 April 2009 satu kursus Audit Dalaman 5S dijalankan di sini. Kursus selama 2 hari ini telah berjaya melatih wakli-wakil agensi kerajaan atau syarikat masing-masing untuk menjadi auditor bertauliah di tempat masing-masing. Diharapkan semua agensi dan syarikat dapat melaksanakan 5S dengan jayanya.

Wednesday, April 29, 2009

Xtra-Best & G2 telah persembah ICC di depan Pihak Pengurusan MPC

Persembahan Kumpulan G2

Panel Hakim yang diketuai oleh Dato' Nik Zainiah Nik Abd Rahman, turut disertai En. Mohd Razali Hussain TKP (I) & Tuan Haji Ahmad Fadzil Mahmud TKP (II)


Majlis Sambut Hari Lahir Warga MPC WPT selepas Persembahan ICC

Kuantan - Sebagai peneraju ICC di Malaysia, MPC turut melahirkan banyak kumpulan ICC dalaman bertujuan untuk membantu MPC melaksanakan penjimatan, mempertingkatkan prestasi penyampaian kepada pelanggan, mengurangkan birokrasi dan sebagainya.  MPC Wilayah Pantai Timur setakat ini mempunyai 2 buah kumpulan iaitu Xtra-Best dan G2 yang masing-masing berjaya menyelesaikan projek mereka bagi tahun 2009. Persembahan yang dijalankan di Kuantan ini merupakan sesi pertama dilaksanakan. Ia akan diikuti dengan MPC Sabah, Sarawak, Selatan (Johor), Utara (P.Pinang) dan yang terakhir adalah di peringkat ibu pejabat. Kepada rakan-rakan yang belum mempersembahkan ICC mereka. MPC Terengganu mengucapkan selamat maju jaya...

Monday, April 27, 2009

Forum Kecekapan Sektor Awam - 270 Agen Perubahan dibentuk


Ucapan perasmian disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fadzil Mahmud TKP (II), MPC
Bahan terbitan MPC habis seperti pisang goreng panas!!

Antara Dif-dif jemputan, pembentang kertas kerja dan peserta yang hadir

Sesi perbincangan bersama panel


Kuala Terengganu - Satu Forum Kecekapan Sektor Awam: Pengurusan Perubahan Untuk Penyampaian Bahagian Hadapan peringkat Wilayah Pantai Timur telah diadakan di sini pada 23 April 2009. Seramai 80 Agensi telah hadir dari pelbagai agensi negeri dan persekutuan dari Terengganu, Pahang dan Kelantan. Kesemua yang hadir merupakan agensi yang terlibat secara langsung dengan orang awam seperti Pejabat Tanah, Hospital, Imigresen, Kastam, JPJ, Polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya. Dua kertas kerja dibentang iaitu satu dari MPC dan satu lagi dari TM adalah untuk memberi idea untuk membantu dan berkongsi maklumat untuk meningkatkan kecekapan sektor awam. Selain itu, satu sesi perbincangan turut diadakan. Antara yang hadir menjadi panel ialah Pejabat Tanah & Galian Terengganu, MAMPU dan INTAN Wilayah Pantai Timur. Input juga turut diperolehi dari setiap peserta bagi menambahbaik kecekapan perkhidmatan.

PTG Terengganu, Agensi Pertama dapat Sijil 5S di Terengganu

Kuala Terengganu - Pada 19 April 2009 merupakan saat-saat mengembirakan bagi semua kakitangan PTG Terengganu kerana semangat kerjasama yang ditunjukkan dalam tempoh 8 bulan membuktikan mereka layak mendapat sijil 5S. MPC Terengganu mengucapkan tahniah dan kejayaan ini akan menjadi sebagai tempat rujukan baru bagi agensi kerajaan bagi melaksanakan 5S.

Tahniah TNB Dungun & TNB AMBS

Dungun & AMBS - Tahniah diucapkan kepada kedua-dua stesen ini kerana berjaya mendapat sijil 5S pada 15 April bagi TNB Dungun dan 16 April bagi TNB AMBS. MPC Terengganu mengharapkan warga kerja TNB kedua-dua stesen dapat mengekalkan budaya kerja yang berkualiti tinggi serta mengajak pelanggan TNB melaksanakan 5S. Tahniah TNB!!

Tuesday, April 14, 2009

Pusat Kecemerlangan Pengurusan Produktiviti

MPC Wilayah Pantai Timur (Kuantan, Kuala Terengganu & Kota Bharu)- Setiap pejabat di bandar utama Wilayah Pantai Timur merupakan Pusat Kecemerlangan Pengurusan Produktiviti. Semua agensi kerajaan serta syarikat swasta dijemput ke pejabat MPC untuk mendapatkan manfaat bagi membantu organisasi masing-masing menuju ke arah produktiviti dan daya saing yang lebih cemerlang.

Pusat Kecemerlangan Pengurusan Produktiviti

Meningkat produktiviti dan mampu berdaya saing di peringkat global merupakan kunci kejayaan untuk membangunkan ekonomi negara. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, adalah baik industri di Malaysia dapat mengurus produktiviti dan melaksana program peningkatan produktiviti untuk memperbaiki prestasi masing-masing. Selaras dengan hasrat itu MPC Wilayah Pantai Timur mengambil langkah untuk menjemput semua industri untuk menyertai Pusat Kecemerlangan: Program Pengurusan Produktiviti, MPC Wilayah Pantai Timur.

Objektif

-Untuk memberi kesedaran akan kepentingan pengurusan produktiviti dan penambahbaikan produktiviti ke arah pembangunan ekonomi

-Memperkenalkan syarikat dengan pengurusan kecemerlangan produktiviti

-Menekankan bahawa peningkatan produktiviti akan memberi impak dari segi kestabilan serta menjamin masa depan yang lebih baik

-Menggalakan penggunaan alat pengurusan produktiviti untuk mengetahui pencapaian kualitatif dan kuantitatif syarikat

-Menekankan bahawa pengurusan produktiviti boleh mengurus serta menilai prestasi syarikat

Rangkakerja Pengurusan Produktiviti


Pejabat Tanah & Galian Terengganu telah Bersedia untuk Dipersijilkan 5S

Kuala Terengganu- Pejabat Tanah dan Galian Terengganu akan menjalankan proses Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S) pada 19 April 2009 ini. Pihak PTG Terengganu berasa lebih bersedia setelah mendapat maklum balas dari MPC Terengganu yang baru selesai menjalankan Pra-Audit 5S baru-baru ini pada 12 April 2009. Pihak PTG juga bercadang untuk mengembangkan idea perlaksanaan 5S ini kepada semua Pejabat Tanah dan Daerah di seluruh Terengganu.

Wednesday, April 8, 2009

Hari Keluarga MPC WIlayah Pantai Timur 2009




Kuala Terengganu-
Pada 3-4 April yang lalu telah berlangsung Hari Keluarga MPC Wilayah Pantai Timur 2009 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. MPC Wilayah Pantai Timur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada :
Y. Bhg. Dato' Nik Zainiah Nik Abd Rahman, Ketua Pengarah MPC telah merasmikan Hari Keluarga MPC WPT dan kehadiran suami En. Zainal Munir Yahya serta cucu Ariana telah menceriakan majlis.
Cik Norhaniza Hamir, Presiden PWMPC - sebagai wakil persatuan.



Ucapan tulus ikhlas daripada:



Warga MPC WPT




Memori terpahat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu........................ Semoga berjumpa lagi di Hari Keluarga MPC WPT tahun hadapan...






Sunday, April 5, 2009

Kursus Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti & Taklimat Malaysia Benchmarking Index

Kuala Terengganu- "Pelanggan adalah bos kita". Itulah tanggapan baru peserta yang baru menghadiri kursus Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti. Kursus ini amat berguna pada pesert-peserta yang hadir kerana ia mampu cara mereka melayan pelanggan dengan lebih berkesan dalam memenuhi permintaan mereka. Kursus ini telah diadakan pada 29 April 2009. Pada kursus ini juga, peserta diperkenalkan dengan Malaysia Benchmarking Index bagi menggalakkan syarikat mereka menggunakan platform ini menganalisis prestasi syarikat mereka bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan syarikat.

Monday, March 30, 2009

Kolej Universiti TATI menyahut cabaran laksana 5S

Kijal- Pada 23 Mac 2009, Kolej Universiti TATI telah mengadakan kursus 5S untuk satu hari di kampus mereka. Kursus ini dihadiri oleh pensyarah dan kakitangan pentadbiran TATI. MPC Terengganu mencadangkan bahawa perlaksanaan 5S boleh dipanjangkan kepada pelajar-pelajar ajar mereka turut terdedah dengan aktiviti penambahbaikan ini.

Thursday, March 26, 2009

KIK kali Ke-3 bagi UMT

Kuala Terengganu- Lengkapkan sudah semua wakil Pusat Tanggungjawab bagi Universiti Malaysia Terengganu menghadiri Kursus Inovatif dan Kreatif (KIK). Kursus ini berlangsung selama 3 hari bermula dari 22 hingga 24 Mac 09. Pihak sekretariat KIK UMT telah menyatakan bahawa pada penghujung tahun ini akan berlangsung satu konvensyen KIK peringkat UMT. Ini bermakna setiap PTJ perlu menghantar sekurang-kurang satu kumpulan KIK ke konvensyen akan datang. MPC Terengganu mengucapkan tahniah kepada pihak UMT di atas komitmen Seksyen Latihan UMT kerana menganjurkan kursus selama 3 hari bagi semua PTJ dan Fakulti.

Thursday, March 19, 2009

Semua Klinik-klinik dan Pejabat Kesihatan Daerah Besut nak Sijil 5S

Besut - Semalam hari terakhir kursus bagi Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) yang Efektif bagi peserta di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Besut (PKDB). Rata-rata telah menunjukkan semangat berkobar-kobar untuk memastikan klinik-klinik awam di Besut mendapat sijil. Mengikut perancangan, PKDB dan semua klinik akan melaksanakan 5S untuk kepentingan perkhidmatan mereka kepada penduduk setempat mendapatkan rawatan yang selesa dan juga membantu kakitangan meningkatkan tahap keselamatan. Kursus ini berlangsung selama dua hari dari 17-18 Mac 2009.

Lagi-lagi 5S.... Kursus Umum 11-12 Mac 2009

Kuala Terengganu - Program kaizen bagi meningkatkan keadaan persekitaran atau ringkasannya 5S makin popular di Terengganu. Baru-baru ini, 20 peserta telah menyertai kursus ini di Motel Desa. Yang hadir ke kursus ini merupakan kakitangan bahagian pengurusan tertinggi organisasi. Antara agensi kerajaan yang hadir ialah Doktor Pakar Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pensyarah UiTM dan pemilik syarikat EKS.

Wednesday, March 11, 2009

Lagi Dua Stesen TNB Akan Dapat Sijil Persekitaran Berkualiti (5S)

Dungun dan AMBS - Pre-audit ke atas dua stesen TNB Cawangan Dungun dan TNB Cawangan Kecil AMBS telah dijalankan pada 3 Mac 2009. Ini adalah inisiatif Pengurus Kawasan Kemaman (TNB) memastikan semua stesen mendapat sijil pada tahun ini. Pada Jun lalu, TNB Kemaman dan TNB Cawangan Kecil AMBS telah menerima sijil 5S. Dua stesen Dungun dan AMBS dijangka menerima kunjungan auditor dari MPC Kuala Lumpur pada 15 April 2009.

Monday, March 2, 2009

Semangat baru, selepas hadiri kursus Strategi Meningkatkan Prestasi Jualan

Kuala Terengganu - Pada 25-26 Februari 2009, seramai 45 peserta kursus yang terdiri daripada syarikat EKS dan juga agensi kerajaan hadir ke kursus ini bagi mendapatkan tips-tips bagi mengetahui strategi yang bersesuaian meningkatkan prestasi jualan. Semasa kursus ini berlangsung peserta-peserta dibenarkan mempromosi produk mereka. Komen diberikan selepas persembahan dijalankan bagi meningkatkan kualiti ucapan, penampilan dan nada suara semasa promosi dijalankan.

Tuesday, February 24, 2009

Simple Analogy of Love & Marriage......

A student asks a teacher, "What is love?"

The teacher said, "in order to answer your question, go to the wheat field and choose the biggest wheat and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick."

The student went to the field, go thru first row, he saw one big wheat, but he wonders....may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one... But may be there is an even bigger one waiting for him. Later, when he finished more than half of the wheat field, he start to realize that the wheat is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regretted. So, he ended up went back to the teacher with empty hand.

The teacher told him, "...this is love... You keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person....."

"What is marriage then?" the student asked.

The teacher said, "in order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick."

The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher.

The teacher told him, "this time you bring back a corn.... You look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get.... This is marriage."

Monday, February 23, 2009

Kursus Akan Datang

Pada bulan Mac 2009 MPC Terengganu akan menganjurkan 3 kursus iaitu:

Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti 11-12 Mac 2009
(Yuran RM 500 jika EKS RM100)

Kursus "How to Judge ICC Presentation Effectively" 24-25 Mac 2009

(Yuran RM 500 jika EKS RM100)

Kursus Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti 29 Mac 2009

(Yuran RM 250 jika EKS RM50)

Sila Hubungi

MPC Terengganu
Tel: 09-622 8215 Faks: 09-631 6010 atau email mpctrg@mpc.gov.my
Pegawai dihubungi
En. Yazid yazidmajid@mpc.gov.my /
Cik Nurfazilah nurfazilah@mpc.gov.my

Monday, February 9, 2009

Kursus terkini (Bulan Februari 2009)

MPC Terengganu akan menganjurkan Kursus Strategi Meningkatkan Prestasi Jualan pada 25-26 Februari 2009 bertempat di Motel Desa, Kuala Terengganu. Kursus 2 hari ini akan bermula dari 8.30 pagi -5.00 petang. Pendaftaran dibuka sekarang.

Kursus ini telah berjaya menarik minat 45 peserta dari pelbagai syarikat dan agensi kerajaan.

Sila hubungi:

MPC Terengganu
Tel: 09-622 8215 atau email mpctrg@mpc.gov.my
Pegawai dihubungi En. Yazid / Cik Nurfazilah

Pejabat Daerah Hulu Selangor mula Mendekati KIK

Kuala Terengganu - Pada 7 Feb 09 (Sabtu), seramai 16 peserta kursus dari Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor telah menghadiri kursus Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK). Kursus ini telah disempurnakan oleh MPC Terengganu. Seperti yang sedia maklum, format aktiviti kumpulan kecil bagi agensi kerajaan atau dipanggil Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) akan diganti dengan Kumpulan Inovatif & Kreatif. Oleh yang demikian, sebagai langkah awal pihak Unit Hasil Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor telah meminta MPC Terengganu untuk mengajar KIK untuk membolehkan mereka bertanding di Konvensyen anjuran SUK Selangor pada bulan Kualiti (Oktober). Berdasarkan maklumbalas yang diterima Unit Hasil akan berusaha menggunakan platform ini untuk membantu Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor meningkatkan sistem panyampaian mereka dengan lebih berkesan.

Membantu TNB membuat penjimatan dengan laksana ICC

Kuala Berang - Bertepatan dengan situasi ekonomi yang tidak stabil masa kini, pihak TNB Stesen Janakuasa Sultan Mahmud Kenyir telah mengambil langkah positif dalam membantu organisasi mereka membuat penjimatan melalui aktiviti ICC (Inovative & Creative Circle) atau WIT (Work Improvement Team). Ini bukan kali pertama kursus ini berlangsung malah pihak TNB Janakuasa Kenyir ini telah pernah mempersembahkan projek ICC mereka sehingga ke peringkat antarabangsa. Dengan adanya, kursus ini dari 4-5 Feb 09, kakitangan TNB dapat memulakan kembali projek kumpulan kecil sekaligus melaksanakan penjimatan kos untuk TNB keseluruhannya.

Friday, February 6, 2009

MPC Bersama Industri




Kuala Terengganu - Perbadanan Produktiviti Malaysia Pejabat Negeri Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan majlis MPC Bersama Industri pada 2 Februari 2009 bertempat di Dewan Konvensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Tema pada kali ini ialah “Cabaran Menghadapi Daya Saing Ekonomi Global”. Bertepatan dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil, MPC selaku penyedia Latihan bagi Industri di Malaysia memainkan peranan dalam membantu mengurangkan bebanan syarikat dengan menyalurkan informasi bagi mengurangkan risiko gulung tikar di kalangan syarikat-syarikat bumiputera di Terengganu.

MPC bersama Industri ini telah dianjurkan bersama dengan Dewanita Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT). Seramai 120 peserta telah hadir terdiri daripada usahawan-usahawan yang bernaung di bawah DPMMT, usahawan-usahawan dari Persatuan Ibu Tunggal Terengganu, usahawan-usahawan Persatuan Pusat Latihan Kemahiran Terengganu dan agensi kerajaan seperti Yayasan Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, MATRADE, MIDA dan SIRIM. Penyertaan ini dibuka juga kepada pensyarah dan pelajar-pelajar Fakulti perniagaan UiTM, Kolej Inforana dan KETENGAH.

Upacara perasmian ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Nik Zainiah Nik Abd Rahman, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia. Antara dif-dif kehormat yang hadir ialah Puan Sabariah Ismail Pengerusi Dewanita DPMMT, Tuan Haji Azmi Razik Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, En. Nik Mustafa Raja Salleh Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur dan Puan Noraini Soltan Pengarah Urusan Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd.

Majlis MPC Bersama Industri ini telah membuka ruang kepada MPC memperkenalkan aktiviti-aktiviti Peningkatan Produktiviti dan Kualiti anjuran MPC selain menggunakan platform ini memberi ceramah kesedaran kepentingan mengamalkan budaya kerja yang berkualiti bagi meningkatkan prestasi serta daya saing syarikat.

Pada majlis ini, MPC Terengganu juga telah menjemput Puan Noraini Soltan bagi menceritakan tips-tips pengalaman beliau mengharungi kemelesetan pada 1998 yang lalu untuk dikongsi dengan syarikat-syarikat Terengganu. Tips-tips sebegini boleh diaplikasikan oleh syarikat jika berdepan kesan kegawatan yang dijangka berlaku pada 2009.

Selain daripada itu, Puan Shahida Abu Bakar Pengurus Unit Anugerah Kecemerlangan Organisasi menerangkan faedah menyertai program Anugerah anjuran MPC seperti Anugerah Produktiviti (PA), Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti (QMEA) dan anugerah tertinggi iaitu Anugerah Kecemerlangan Industri Perdana Menteri (PMIEA).

Pameran turut diadakan bagi memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan oleh MPC kepada syarikat-syarikat di Terengganu selain memberi ruang kepada usahawan-usahawan menyertai dan mempromosi produk masing-masing seperti Kolej Inforana, Nirana Foods Sdn. Bhd., Akademi Kecantikan Noori, RBNA Foods Enterprise dan Koleksi Idaman Wanita.

Wednesday, January 28, 2009

Membentuk Kakitangan yang Inovatif dan Kreatif

Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif - Siri 2
Kuala Terengganu - Pada 20-22 Januari 2009 yang lalu, pihak Universiti Malaysia Terengganu telah menjalankan kursus ini untuk kali yang kedua dan kali ini penumpuan diberikan kepada kakitangan pentadbiran di empat buah fakulti. Pihak pentadbiran UMT ingin memupuk budaya kaizen di kalangan kakitangan universiti sebelum mengembangkan budaya ini dikalangan pelajar universiti.

Thursday, January 22, 2009

Menjaga Pelanggan Ibarat Menjaga Pendapatan Syarikat

Kursus Perkhidmatan Berkualiti dan Cemerlang di Kaunter
Kuala Terengganu - Satu kursus bagi syarikat EKS di Terengganu telah dijalankan di sini pada 19-20 Januari 2009. Kursus ini telah dihadiri oleh 16 wakil syarikat yang terlibat secara langsung dengan pelanggan. Peserta-peserta ini memaklumkan bahawa kursus bermanfaat kerana mampu memberi kesedaran melayan pelanggan dengan baik sekaligus boleh meningkat imej syarikat dan yang paling penting boleh mengekalkan tahap kesetiaan pelanggan.

Sunday, January 18, 2009

Pejabat Tanah & Galian Terengganu menuju Persijilan 5S

Kursus Praktikal Audit Persekitaran Berkualiti (5S) untuk PTG Terengganu
Kuala Terengganu - Pada 11-12 Januari 2009 yang lalu, pihak PTG Terengganu telah menghadiri kursus tersebut bagi melatih kakitangan PTG menjadi auditor bertauliah. PTG Terengganu kini dalam proses menuju ke arah persijilan Persekitaran Berkualiti.

2009 penuh dengan Cabaran....

Seperti yang sedia maklum, tahun 2009 adalah tahun yang sukar bagi kebanyakan negara kerana kemelesetan ekonomi akan berlaku di Malaysia. Ia berpunca daripada krisis sub-prima yang berlaku di Amerika menyebabkan institusi kewangan lumpuh. Akibat daripada itu permintaan barangan eksport telah menyusut. Secara tidak langsung menjejaskan pengeluaran produk yang dihasilkan di negara.

Walaubagaimanapun, jikalau semua pihak dari peringkat pengurusan syarikat sehinggalah ke pembantu pejabat memainkan peranan dengan mengubah cara kerja dengan menitikberatkan penambahbaikan maka ia sudah tentu membantu syarikat mengurangkan kos operasi atau merendahkan harga kos pengeluaran. Pihak pengurusan perlu mengubah strategi arah tuju syarikat dengan mencari peluang-peluang perniagaan baru sama ada di dalam atau luar negara.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC Terengganu) boleh membantu syarikat atau organisasi mengamal budaya kerja yang sihat agar syarikat-syarikat boleh kekal berdaya saing walaupun berada di zaman kelembapan ekonomi.

Kursus yang ditawarkan pada Tahun 2009 di Terengganu

Perkhidmatan Berkualiti dan Cemerlang di Kaunter 9-20 Januari 2009

Strategi Meningkatkan Prestasi Jualan 24-25 Februari 2009 > DIPINDA 25-26 Feb 09

Amalan persekitaran Berkualiti (5S) yang Efektif 11-12 Mac 2009

How to Judge ICC Presentation Effectively 24-25 Mac 2009

Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti (5S) 29-30 April 2009

Amalan persekitaran Berkualiti (5S) yang Efektif 26-27 Mei 2009

ICC untuk Ahli Kumpulan 14-15 Julai 2009

Dalaman Persekitaran Berkualiti (5S) 10-11 Ogos 2009


Mengurus Produktiviti Syarikat (COMPASS) 27-28 Oktober 2009

Kem ICC 20-23 November 2009


Pertanyaan lanjut sila hubungi

Cik Nurfazilah / En. Mohd Yazid
(t)09-6228215
mpctrg@mpc.gov.my

Thursday, January 1, 2009

2008 Telah Berlalu


Pengurusan Fail dan Rekod yang Effektif
Kuala Terengganu - Pada 15-16 Januari 2008, Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Pantai Timur (Terengganu) telah menganjurkan satu kursus untuk membantu organisasi atau syarikat mewujudkan satu sistem pengurusan fail dan rekod yang sistematik. Antara objektif kursus ini adalah memperkenalkan prinsip-prinsip, teknik-teknik moden dalam pengurusan fail bagi meningkatkan produktiviti, membuat pengkelasan fail dan memahami prinsip-prinsip asas dalam prosedur pengurusan fail.







Kecemerlangan Syarikat EKS

Kuala Terengganu - Pada 20 dan 27 Januari 2008, aktiviti rundingan mempertingkatkan pengurusan produktiviti dan kualiti secara menyeluruh bagi dua syarikat EKS, Pertima Terengganu Sdn. Bhd. dan Permint Suterasemai Sdn. Bhd. telah diadakan di Pejabat MPC Terengganu. Satu program Persekitaran Berkualiti (5S) diperkenalkan.









ICC untuk Ketua Kumpulan

Kuala Terengganu - Pada 15-16 Februari 2008 satu kursus Inovative & Creative Circle diadakan bagi membantu ketua kumpulan untuk membimbing kumpulan masing-masing menyelesaikan masalah yang berlaku di syarikat masing-masing. Kursus ini bagus kerana membantu syarikat membuat penjimatan kos atau masa bagi menambahbaik proses kerja atau mengurangkan kecacatan produk.




Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti untuk Syarikat Contoh Terengganu

Kuala Terengganu - Pada 25-26 Februari 2008, siri pertama pelan tindakan mempertingkatkan tahap pengurusan produktiviti dan kualiti secara menyeluruh untuk syarikat contoh diadakan. Kursus amalan persekitaran berkualiti diajar agar keadaan persekitaran kawasan kilang masing-masing kelihatan bersih dan mengoptimumkan penggunaan ruang.




Managing for Results: Using KPI for Breakthrough Performance
Kuala Terengganu - Pengukuran menggunakan petunjuk prestasi telah digunakan dengan meluas di kebanyakan Syarikat mahupun agensi kerajaan. Oleh yang demikian, satu kursus diadakan pada 25-26 Mac 2008, bagi membantu syarikat menerbitkan KPI yang bersesuaian dengan operasi perniagaan syarikat. Berdasarkan KPI ini, syarikat atau agensi kerajaan boleh menyusun strategi bagi mencapai hala tuju syarikat atau organisasi.




Seminar Meningkatkan Daya Saing Produk Bagi Syarikat EKS
Kuala Terengganu - Satu seminar bagi membantu meningkatkan daya saing EKS telah diadakan pada 28 Mac 2008 dan dapat menarik minat seramai 85 peserta yang kebanyakannya terdiri dari syarikat kecil dan sederhana Terengganu. Pada seminar ini, MPC Terengganu telah menjemput tiga penceramah dari MPC ibu pejabat, Pengarah bahagian Eksport MATRADE dan wakil syarikat Prima Agri yang telah dulunya sebuah syarikat EKS dan sekarang telah mampu mengeksport produk berasaskan daging ke luar negara.




Kursus Mengurus Produktiviti Syarikat
Kuala Terengganu - Kursus ini diadakan pada 28-29 April 2008 yang mana ia boleh membantu mengukur tahap penggunaan input (bahan mentah, tenaga buruh dan mesin) secara optimum atau tidak di sesebuah syarikat. Hasil pengeluaran (produk, jualan) bagi setiap input (bahan mentah, tenaga buruh dan mesin) diukur dan tren selama tiga tahun diperhatikan. Sekiranya berlaku peningkatan maka tahap produktiviti sesebuah syarikat telah meningkat manakala jika berlaku sebaliknya, setiap tahap penggunaan input perlu diteliti semula oleh syarikat. Jika tidak syarikat tersebut tidak akan berdaya saing.




Seminar Peningkatan Daya Saing EKS: Kepimpinan Cemerlang
Kuala Terengganu - Seminar ini telah diadakan pada 15 Mei 2008 dan ia adalah program kerjasama antara MPC Terengganu dan Dewan Perniagaan Melayu Terengganu (Dewanita). Seramai 167 dan kebanyakannya merupakan ahli Dewan Perniagaan Melayu Terengganu hadir bagi menjayakan seminar ini. Pada seminar ini, MPC Terengganu telah menjemput bekas Tim. Pengarah MPC iaitu Tuan Haji Ahmad Berek. Pada seminar ini juga, satu slot masa telah diberikan kepada MARA Terengganu untuk membentangkan satu kertas kerja berkaitan pinjaman dan kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak MARA.




Praktikal Audit Persekitaran Berkualiti - Syarikat Contoh
Kuala Terengganu - Rentetan daripada Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti yang telah diadakan pada bulan Februari yang lalu, kursus audit persekitaran berkualiti diajar pada 25 Mei 2008. Semua peserta diajar bagaimana hendak melakukan proses audit yang berkesan bagi memastikan tahap persekitaran organisasi masing-masing mencapai standard. Pada keesokan harinya, MPC Terengganu telah membawa semua peserta kursus ini ke TNB Kemaman bagi melihat secara dekat tahap persekitaran yang berkualiti.





Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur 2008
Kuala Terengganu - Satu Konvensyen ICC Wialyah Pantai Timur telah dianjurkan dengan jayanya pada 22-23 Jun 2008. Semasa konvensyen ini berlangsung, seramai 30 kumpulan ICC bertanding dan berkongsi ilmu mempersembahkan projek masing-masing. Sebanyak RM6.7 berjaya dijimatkan hasil daripada perlaksanaan projek ICC ditempat masing-masing.



Majlis Perjanjian Persefahaman Kajian Daya Saing antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Perbadanan Produktiviti Malaysia
Kuala Terengganu - Satu Perjanjian Persefahaman diadakan antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia termeterai di satu majlis diadakan di Primula Kuala Terengganu. Ini adalah inisiatif kerajaan negeri bagi mengukur tahap kedudukan daya saing Terengganu.




Kursus "How to Judge ICC Presentation Effectively"
Kuala Terengganu - Pada 12-13 Julai 2008, satu kursus bagaimana hendak menjadi hakim diadakan di sini. Kursus dua hari ini memberi fokus kepada kriteria ICC dan untuk menambahkan lagi pemahaman lagi, satu kumpulan ICC iaitu Kumpulan IQ-MECH dari Petronas Ammonia Sdn. Bhd. yang telah bertanding di Konvensyen yang lalu dijemput pada hari kedua untuk memberi persembahan kepada peserta baru.






Kursus Strategi Meningkatkan Prestasi Jualan
Kuala Terengganu - Kursus strategi meningkatakan prestasi jualan telah diadakan pada 14-15 Julai 2008. Kursus ini adalah program kerjasama antara MPC Terengganu dan Dewanita Terengganu bagi membantu syarikat EKS bumiputera meningkatkan prestasi jualan masing-masing.




Motivasi Berkesan dalam Organisasi
Kuala Terengganu - Pada 22-24 Julai 2008 satu kursus motivasi dianjurkan oleh MPC Terengganu bertujuan memabntu syarikat terutama bahagian Pengurusan Sumber Manusia memainkan peranan sebagai kaunselor bagi membantu pekerja mengubah sikap yang negatif kepada sikap yang boleh membantu memperbaiki produktiviti syarikat. Sesi kaunseling amat penting di organisasi kerana jika tidak diubati tingkah laku pekerja yang bermasalah diperingkat awal boleh melumpuhkan operasi unit/bahagian tertentu dan akhirnya menjejaskan syarikat.




Kursus Persekitaran Berkualiti untuk Pertima Terengganu
Kuala Terengganu - Bagi menambahkan ilmu amalan persekitaran berkualiti di kalangan pekerja kilang, satu kursus khas diadakan pada 27 Julai 2008 di Kilang Pertima Terengganu. Kursus ini dihadiri oleh 30 pekerja dan kebanyakan mengambil peluang untuk mempelajari 5S dengan lebih mendalam.



Kursus Praktikal Audit Persekitaran Berkualiti - TNB Janaelektrik Kenyir
Kuala Terengganu - Permintaan kursus bagi Persekitaran Berkualiti (5S) semakin meningkat dikalangan syarikat atau jabatan kerajaan di Terengganu. TNB Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir telah melantik MPC Terengganu untuk menjalankan satu kursus audit 5S di sini pada 28-29 Julai 2008. Satu hari kursus diadakan di Kuala Terengganu dan pada hari kedua auditor baru TNB dibantu oleh pegawai MPC untuk menjalankan proses audit di tempat kerja mereka di stesyen janaelektrik.



Seminar "Terengganu State Competitiveness Profile 2008"
Kuala Terengganu - Selepas mendatangani Perjanjian Persefahaman pada bulan Jun yang lalu, satu seminar berkaitan diadakan di sini pada 29 Julai 2008. Seramai 100 peserta yang terdiri daripada industri di Terengganu dijemput untuk mengisi borang kajiselidik bagi menilai empat faktor yang menentukan kedudukan daya saing negeri iaitu Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Kajian berdasarkan pandangan pihak industri akan dinilai bersama dengan data-data daripada kementerian. Laporan kajian daya saing akan dijangka siap pada Mac 2009.



Kursus Kecemerlangan Diri Pembantu Pembangunan Msyarakat - FELDA

Kerteh - Kursus dua telah diadakan dari 6-7 Ogos 2008 di Kolej Kini Kerteh bagi kakitangan Felda Wilayah Timur. Kursus ini adalah salah satu kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak Felda bagi membantu Pembantu Pembangunan Masyarakat seluruh Terengganu.



Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti - PTG Terengganu
Kuala Terengganu - Dua siri kursus amalan persekitaran berkualiti telah diadakan untuk seluruh kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Terengganu pada 9-10 dan 16-17 Ogos 2008. Pihak PTG Terengganu bertekad untuk mengamalkan 5S dan mendapat sijil persekitaran berkualiti pada tahun 2009.




Anugerah Persekitaran Berkualiti Peringkat Kebangsaan 2008

Pada tahun 2008, sebanyak 11 organisasi yang terdiri daripada syarikat EKS, agensi Kerajaan dan GLC dari Wilayah Pantai Timur telah menyertai pertandingan persekitaran berkualiti peringkat kebangsaan. Dari 27 Ogos hingga 16 September 2008 proses audit telah dijalankan di semua organisasi yang terlibat.



Seminar Daya Saing Pusat Latihan Kemahiran Terengganu 2008

Marang - Pada 13 November 2008, satu seminar daya saing diadakan di Kolej Inforana Marang bagi berkongsi idea dan pengalaman di antara peserta dan penceramah. MPC Terengganu telah menjemput 2 penceramah luar iaitu dari German-Malaysia Insitute dan Pusat Sumber Manusia Berhad. Pengurus MPC Terengganu turut membentangkan satu kertas kerja di seminar ini.


Taklimat Malaysia Benchmarking Index (MBI)
Kuala Terengganu - Satu taklimat MBI telah diadakan pada 19 November 2008 bagi menerangkan Malaysia Benchmaking Index kepada syarikat EKS. Kebanyakan peserta berminat untuk menyertai aktiviti ini cuma tahap kefahaman bahasa Inggeris amat rendah dan menyarankan MPC menterjemah borang kajiselidik ke Bahasa Malaysia.





Seminar Peningkatan Daya Saing Industri Pelancongan melalui Daya Kreativiti Sumber Manusia
Kuala Terengganu - Pada 1 Disember 2008, satu seminar daya saing industri pelancongan telah diadakan. Seminar ini adalah program kerjasama antara MPC Terengganu dan Persatuan Pelancong Negeri Terengganu yang bertujuan untuk mengajak pengusaha pelancong supaya berfikiran kreatif dalam usaha menarik pelancong datang ke Terengganu sekaligus menjana ekonomi Negeri Terengganu.






Bengkel ICC/KIK Universiti Malaysia Terengganu
Kuala Terengganu - Bengkel Inovative & Creative Circle / Kumpulan Inovatif dan Kreatif telah diadakan selama 3 hari dari 21-23 Disember 2008. Kursus ini diadakan untuk menggalakan pihak universiti mengamalkan aktiviti kaizen untuk memperbaiki proses kerja, menjalankan penjimatan operasi dan sebagainya. Siri kedua akan diadakan pada Januari 2009.