Monday, November 16, 2009

Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Berkualiti (5S) - 15 Disember 2009

DAFTAR SEGERA - Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Pantai Timur akan menganjurkan Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Persekitaran Berkualiti (5S) Wilayah Pantai Timur 2009 pada 15 Disember 2009 di Pekan Pahang, bertujuan mendedahkan usaha-usaha inovasi dan kreativiti yang dicapai melalui aktiviti Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh sesebuah organisasi.

Tarikh Tutup Penyertaan ialah 8 Disember 2009

Sila download borang ini dan DAFTAR SEGERA!

http://docs.google.com/fileview?id=0B2L6kT76fYuTZTRmN2I2MWMtMzk4NC00ZDgwLWE0MGQtOWRiY2NmZmJjMWM4&hl=en

Majlis MBKT Gilang-gemilang Terima Sijil 5S MPC



Kuala Terengganu - 10 November 2009, semua kakitangan MBKT berasa bangga dan seronok apabila Sijil 5S yang dinantikan akhirnya sampai juga. Majlis diceriakan lagi dengan kehadiran Y.A.B. Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu menerima sijil dari En. Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia. Sijil ini kemudiannya diserahkan kepada Dato' Haji Mat Razali Kassim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Selain daripada Sijil 5S MPC, MBKT turut menerima sijil ISO 9001:2008 dari pihak SIRIM QAS.

Y.A.B. Menteri Besar Terengganu dalam ucapannya berharap semua kakitangan MBKT dapat menjadikan kejayaan hari ini sebagai satu platform untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Kuala Terengganu. Ini adalah satu titik permulaan untuk menjadi sebuah Bandaraya Warisan Pesisir Air yang maju dan Lestari menjelang tahun 2018.

Thursday, November 12, 2009

8-9 Nov 09 - Warga MD Besut Berkampung untuk Faham 5S

Kg Raja - Seramai 52 kakitangan Majlis Daerah Besut telah menghadiri Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti untuk Fasilitator & Ketua Zon pada 8-9 Nov 2009. Ini adalah satu permulaan untuk semua kakitangan MDB bagi mendalami 5S sebelum perlaksanaan dijalankan di semua kawasan MD Besut.

Friday, November 6, 2009

Ramai Sertai Kursus Mengurus Produktiviti Syarikat

Kuala Terengganu - Pada 27-28 Oktober 2009 yang lalu, satu kursus Mengurus Produktiviti Syarikat telah diadakan di sini. Ia bertujuan untuk membantu syarikat atau agesi kerajaan yang menjalankan projek bimbingan kepada usahawan-usahawan baru kekal berdaya saing. Kebanyakan pengusaha syarikat hanya mementingkan keuntungan berbanding produktiviti syarikat. Kalau diamati dengan betul keuntungan hanya memberi pulangan jangka pendek manakala produktiviti membantu syarikat kekal berdayasaing untuk masa jangka panjang. Kebanyakan syarikat yang ada di Malaysia gagal bertahan lama kerana tidak mengurus sumber manusia, material, mesin dengan baik. Akhirnya semua sumber input tidak digunakan sepenuhnya maka pembaziran berlaku. Ini yang menyebabkan banyak syarikat gulung tikar.

Kursus ini juga semua peserta akan belajar cara menggunakan perisian COMPASS (Company Manual for Productivity Assessment). COMPASS ini digunakan untuk mengukur tahap kecekapan syarikat menggunakan sumber yang ada dan akhirnya membantu memberi signal samada syarikat produktif atau tidak. Untuk pentanyaan lanjut tentang kursus ini sila hubungi MPC Terengganu.

Majlis Daerah Besut Turut Berminat Laksana 5S

Kampung Raja - Satu taklimat perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) kepada kakitangan termasuk bahagian pengurusan telah diadakan semalam 5 Nov 2009. Taklimat ini bertujuan memberi idea tentang 5S yang akan dilaksanakan dan juga memastikan semua kakitangan tahu tentang tujuan perlaksanaan 5S di tempat kerja mereka. Kursus 2 hari tentang 5S bakal diadakan pada 8-9 November ini. MPC Terengganu mengucapkan selamat maju jaya.

MBKT Layak Persijilan 5S!! - Tahniah

Kuala Terengganu - MPC Terengganu mengucapkan syabas kepada semua kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu atas kejayaan melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dengan baik sekali. Kejayaan ini akan meletakkan MBKT model contoh kepada Pihak Berkuasa Tempatan lain di Terengganu dan juga lain-lain PBT di Malaysia. MBKT telah melaksanakan 5S di semua jabatan termasuk bengkel kenderaan. Sekali lagi syabas diucapkan.