Wednesday, January 28, 2009

Membentuk Kakitangan yang Inovatif dan Kreatif

Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif - Siri 2
Kuala Terengganu - Pada 20-22 Januari 2009 yang lalu, pihak Universiti Malaysia Terengganu telah menjalankan kursus ini untuk kali yang kedua dan kali ini penumpuan diberikan kepada kakitangan pentadbiran di empat buah fakulti. Pihak pentadbiran UMT ingin memupuk budaya kaizen di kalangan kakitangan universiti sebelum mengembangkan budaya ini dikalangan pelajar universiti.

Thursday, January 22, 2009

Menjaga Pelanggan Ibarat Menjaga Pendapatan Syarikat

Kursus Perkhidmatan Berkualiti dan Cemerlang di Kaunter
Kuala Terengganu - Satu kursus bagi syarikat EKS di Terengganu telah dijalankan di sini pada 19-20 Januari 2009. Kursus ini telah dihadiri oleh 16 wakil syarikat yang terlibat secara langsung dengan pelanggan. Peserta-peserta ini memaklumkan bahawa kursus bermanfaat kerana mampu memberi kesedaran melayan pelanggan dengan baik sekaligus boleh meningkat imej syarikat dan yang paling penting boleh mengekalkan tahap kesetiaan pelanggan.

Sunday, January 18, 2009

Pejabat Tanah & Galian Terengganu menuju Persijilan 5S

Kursus Praktikal Audit Persekitaran Berkualiti (5S) untuk PTG Terengganu
Kuala Terengganu - Pada 11-12 Januari 2009 yang lalu, pihak PTG Terengganu telah menghadiri kursus tersebut bagi melatih kakitangan PTG menjadi auditor bertauliah. PTG Terengganu kini dalam proses menuju ke arah persijilan Persekitaran Berkualiti.

2009 penuh dengan Cabaran....

Seperti yang sedia maklum, tahun 2009 adalah tahun yang sukar bagi kebanyakan negara kerana kemelesetan ekonomi akan berlaku di Malaysia. Ia berpunca daripada krisis sub-prima yang berlaku di Amerika menyebabkan institusi kewangan lumpuh. Akibat daripada itu permintaan barangan eksport telah menyusut. Secara tidak langsung menjejaskan pengeluaran produk yang dihasilkan di negara.

Walaubagaimanapun, jikalau semua pihak dari peringkat pengurusan syarikat sehinggalah ke pembantu pejabat memainkan peranan dengan mengubah cara kerja dengan menitikberatkan penambahbaikan maka ia sudah tentu membantu syarikat mengurangkan kos operasi atau merendahkan harga kos pengeluaran. Pihak pengurusan perlu mengubah strategi arah tuju syarikat dengan mencari peluang-peluang perniagaan baru sama ada di dalam atau luar negara.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC Terengganu) boleh membantu syarikat atau organisasi mengamal budaya kerja yang sihat agar syarikat-syarikat boleh kekal berdaya saing walaupun berada di zaman kelembapan ekonomi.

Kursus yang ditawarkan pada Tahun 2009 di Terengganu

Perkhidmatan Berkualiti dan Cemerlang di Kaunter 9-20 Januari 2009

Strategi Meningkatkan Prestasi Jualan 24-25 Februari 2009 > DIPINDA 25-26 Feb 09

Amalan persekitaran Berkualiti (5S) yang Efektif 11-12 Mac 2009

How to Judge ICC Presentation Effectively 24-25 Mac 2009

Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti (5S) 29-30 April 2009

Amalan persekitaran Berkualiti (5S) yang Efektif 26-27 Mei 2009

ICC untuk Ahli Kumpulan 14-15 Julai 2009

Dalaman Persekitaran Berkualiti (5S) 10-11 Ogos 2009


Mengurus Produktiviti Syarikat (COMPASS) 27-28 Oktober 2009

Kem ICC 20-23 November 2009


Pertanyaan lanjut sila hubungi

Cik Nurfazilah / En. Mohd Yazid
(t)09-6228215
mpctrg@mpc.gov.my

Thursday, January 1, 2009

2008 Telah Berlalu


Pengurusan Fail dan Rekod yang Effektif
Kuala Terengganu - Pada 15-16 Januari 2008, Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Pantai Timur (Terengganu) telah menganjurkan satu kursus untuk membantu organisasi atau syarikat mewujudkan satu sistem pengurusan fail dan rekod yang sistematik. Antara objektif kursus ini adalah memperkenalkan prinsip-prinsip, teknik-teknik moden dalam pengurusan fail bagi meningkatkan produktiviti, membuat pengkelasan fail dan memahami prinsip-prinsip asas dalam prosedur pengurusan fail.







Kecemerlangan Syarikat EKS

Kuala Terengganu - Pada 20 dan 27 Januari 2008, aktiviti rundingan mempertingkatkan pengurusan produktiviti dan kualiti secara menyeluruh bagi dua syarikat EKS, Pertima Terengganu Sdn. Bhd. dan Permint Suterasemai Sdn. Bhd. telah diadakan di Pejabat MPC Terengganu. Satu program Persekitaran Berkualiti (5S) diperkenalkan.









ICC untuk Ketua Kumpulan

Kuala Terengganu - Pada 15-16 Februari 2008 satu kursus Inovative & Creative Circle diadakan bagi membantu ketua kumpulan untuk membimbing kumpulan masing-masing menyelesaikan masalah yang berlaku di syarikat masing-masing. Kursus ini bagus kerana membantu syarikat membuat penjimatan kos atau masa bagi menambahbaik proses kerja atau mengurangkan kecacatan produk.




Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti untuk Syarikat Contoh Terengganu

Kuala Terengganu - Pada 25-26 Februari 2008, siri pertama pelan tindakan mempertingkatkan tahap pengurusan produktiviti dan kualiti secara menyeluruh untuk syarikat contoh diadakan. Kursus amalan persekitaran berkualiti diajar agar keadaan persekitaran kawasan kilang masing-masing kelihatan bersih dan mengoptimumkan penggunaan ruang.




Managing for Results: Using KPI for Breakthrough Performance
Kuala Terengganu - Pengukuran menggunakan petunjuk prestasi telah digunakan dengan meluas di kebanyakan Syarikat mahupun agensi kerajaan. Oleh yang demikian, satu kursus diadakan pada 25-26 Mac 2008, bagi membantu syarikat menerbitkan KPI yang bersesuaian dengan operasi perniagaan syarikat. Berdasarkan KPI ini, syarikat atau agensi kerajaan boleh menyusun strategi bagi mencapai hala tuju syarikat atau organisasi.




Seminar Meningkatkan Daya Saing Produk Bagi Syarikat EKS
Kuala Terengganu - Satu seminar bagi membantu meningkatkan daya saing EKS telah diadakan pada 28 Mac 2008 dan dapat menarik minat seramai 85 peserta yang kebanyakannya terdiri dari syarikat kecil dan sederhana Terengganu. Pada seminar ini, MPC Terengganu telah menjemput tiga penceramah dari MPC ibu pejabat, Pengarah bahagian Eksport MATRADE dan wakil syarikat Prima Agri yang telah dulunya sebuah syarikat EKS dan sekarang telah mampu mengeksport produk berasaskan daging ke luar negara.




Kursus Mengurus Produktiviti Syarikat
Kuala Terengganu - Kursus ini diadakan pada 28-29 April 2008 yang mana ia boleh membantu mengukur tahap penggunaan input (bahan mentah, tenaga buruh dan mesin) secara optimum atau tidak di sesebuah syarikat. Hasil pengeluaran (produk, jualan) bagi setiap input (bahan mentah, tenaga buruh dan mesin) diukur dan tren selama tiga tahun diperhatikan. Sekiranya berlaku peningkatan maka tahap produktiviti sesebuah syarikat telah meningkat manakala jika berlaku sebaliknya, setiap tahap penggunaan input perlu diteliti semula oleh syarikat. Jika tidak syarikat tersebut tidak akan berdaya saing.




Seminar Peningkatan Daya Saing EKS: Kepimpinan Cemerlang
Kuala Terengganu - Seminar ini telah diadakan pada 15 Mei 2008 dan ia adalah program kerjasama antara MPC Terengganu dan Dewan Perniagaan Melayu Terengganu (Dewanita). Seramai 167 dan kebanyakannya merupakan ahli Dewan Perniagaan Melayu Terengganu hadir bagi menjayakan seminar ini. Pada seminar ini, MPC Terengganu telah menjemput bekas Tim. Pengarah MPC iaitu Tuan Haji Ahmad Berek. Pada seminar ini juga, satu slot masa telah diberikan kepada MARA Terengganu untuk membentangkan satu kertas kerja berkaitan pinjaman dan kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak MARA.




Praktikal Audit Persekitaran Berkualiti - Syarikat Contoh
Kuala Terengganu - Rentetan daripada Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti yang telah diadakan pada bulan Februari yang lalu, kursus audit persekitaran berkualiti diajar pada 25 Mei 2008. Semua peserta diajar bagaimana hendak melakukan proses audit yang berkesan bagi memastikan tahap persekitaran organisasi masing-masing mencapai standard. Pada keesokan harinya, MPC Terengganu telah membawa semua peserta kursus ini ke TNB Kemaman bagi melihat secara dekat tahap persekitaran yang berkualiti.





Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur 2008
Kuala Terengganu - Satu Konvensyen ICC Wialyah Pantai Timur telah dianjurkan dengan jayanya pada 22-23 Jun 2008. Semasa konvensyen ini berlangsung, seramai 30 kumpulan ICC bertanding dan berkongsi ilmu mempersembahkan projek masing-masing. Sebanyak RM6.7 berjaya dijimatkan hasil daripada perlaksanaan projek ICC ditempat masing-masing.



Majlis Perjanjian Persefahaman Kajian Daya Saing antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Perbadanan Produktiviti Malaysia
Kuala Terengganu - Satu Perjanjian Persefahaman diadakan antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia termeterai di satu majlis diadakan di Primula Kuala Terengganu. Ini adalah inisiatif kerajaan negeri bagi mengukur tahap kedudukan daya saing Terengganu.




Kursus "How to Judge ICC Presentation Effectively"
Kuala Terengganu - Pada 12-13 Julai 2008, satu kursus bagaimana hendak menjadi hakim diadakan di sini. Kursus dua hari ini memberi fokus kepada kriteria ICC dan untuk menambahkan lagi pemahaman lagi, satu kumpulan ICC iaitu Kumpulan IQ-MECH dari Petronas Ammonia Sdn. Bhd. yang telah bertanding di Konvensyen yang lalu dijemput pada hari kedua untuk memberi persembahan kepada peserta baru.






Kursus Strategi Meningkatkan Prestasi Jualan
Kuala Terengganu - Kursus strategi meningkatakan prestasi jualan telah diadakan pada 14-15 Julai 2008. Kursus ini adalah program kerjasama antara MPC Terengganu dan Dewanita Terengganu bagi membantu syarikat EKS bumiputera meningkatkan prestasi jualan masing-masing.




Motivasi Berkesan dalam Organisasi
Kuala Terengganu - Pada 22-24 Julai 2008 satu kursus motivasi dianjurkan oleh MPC Terengganu bertujuan memabntu syarikat terutama bahagian Pengurusan Sumber Manusia memainkan peranan sebagai kaunselor bagi membantu pekerja mengubah sikap yang negatif kepada sikap yang boleh membantu memperbaiki produktiviti syarikat. Sesi kaunseling amat penting di organisasi kerana jika tidak diubati tingkah laku pekerja yang bermasalah diperingkat awal boleh melumpuhkan operasi unit/bahagian tertentu dan akhirnya menjejaskan syarikat.




Kursus Persekitaran Berkualiti untuk Pertima Terengganu
Kuala Terengganu - Bagi menambahkan ilmu amalan persekitaran berkualiti di kalangan pekerja kilang, satu kursus khas diadakan pada 27 Julai 2008 di Kilang Pertima Terengganu. Kursus ini dihadiri oleh 30 pekerja dan kebanyakan mengambil peluang untuk mempelajari 5S dengan lebih mendalam.



Kursus Praktikal Audit Persekitaran Berkualiti - TNB Janaelektrik Kenyir
Kuala Terengganu - Permintaan kursus bagi Persekitaran Berkualiti (5S) semakin meningkat dikalangan syarikat atau jabatan kerajaan di Terengganu. TNB Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir telah melantik MPC Terengganu untuk menjalankan satu kursus audit 5S di sini pada 28-29 Julai 2008. Satu hari kursus diadakan di Kuala Terengganu dan pada hari kedua auditor baru TNB dibantu oleh pegawai MPC untuk menjalankan proses audit di tempat kerja mereka di stesyen janaelektrik.



Seminar "Terengganu State Competitiveness Profile 2008"
Kuala Terengganu - Selepas mendatangani Perjanjian Persefahaman pada bulan Jun yang lalu, satu seminar berkaitan diadakan di sini pada 29 Julai 2008. Seramai 100 peserta yang terdiri daripada industri di Terengganu dijemput untuk mengisi borang kajiselidik bagi menilai empat faktor yang menentukan kedudukan daya saing negeri iaitu Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Kajian berdasarkan pandangan pihak industri akan dinilai bersama dengan data-data daripada kementerian. Laporan kajian daya saing akan dijangka siap pada Mac 2009.



Kursus Kecemerlangan Diri Pembantu Pembangunan Msyarakat - FELDA

Kerteh - Kursus dua telah diadakan dari 6-7 Ogos 2008 di Kolej Kini Kerteh bagi kakitangan Felda Wilayah Timur. Kursus ini adalah salah satu kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak Felda bagi membantu Pembantu Pembangunan Masyarakat seluruh Terengganu.



Kursus Amalan Persekitaran Berkualiti - PTG Terengganu
Kuala Terengganu - Dua siri kursus amalan persekitaran berkualiti telah diadakan untuk seluruh kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Terengganu pada 9-10 dan 16-17 Ogos 2008. Pihak PTG Terengganu bertekad untuk mengamalkan 5S dan mendapat sijil persekitaran berkualiti pada tahun 2009.




Anugerah Persekitaran Berkualiti Peringkat Kebangsaan 2008

Pada tahun 2008, sebanyak 11 organisasi yang terdiri daripada syarikat EKS, agensi Kerajaan dan GLC dari Wilayah Pantai Timur telah menyertai pertandingan persekitaran berkualiti peringkat kebangsaan. Dari 27 Ogos hingga 16 September 2008 proses audit telah dijalankan di semua organisasi yang terlibat.



Seminar Daya Saing Pusat Latihan Kemahiran Terengganu 2008

Marang - Pada 13 November 2008, satu seminar daya saing diadakan di Kolej Inforana Marang bagi berkongsi idea dan pengalaman di antara peserta dan penceramah. MPC Terengganu telah menjemput 2 penceramah luar iaitu dari German-Malaysia Insitute dan Pusat Sumber Manusia Berhad. Pengurus MPC Terengganu turut membentangkan satu kertas kerja di seminar ini.


Taklimat Malaysia Benchmarking Index (MBI)
Kuala Terengganu - Satu taklimat MBI telah diadakan pada 19 November 2008 bagi menerangkan Malaysia Benchmaking Index kepada syarikat EKS. Kebanyakan peserta berminat untuk menyertai aktiviti ini cuma tahap kefahaman bahasa Inggeris amat rendah dan menyarankan MPC menterjemah borang kajiselidik ke Bahasa Malaysia.





Seminar Peningkatan Daya Saing Industri Pelancongan melalui Daya Kreativiti Sumber Manusia
Kuala Terengganu - Pada 1 Disember 2008, satu seminar daya saing industri pelancongan telah diadakan. Seminar ini adalah program kerjasama antara MPC Terengganu dan Persatuan Pelancong Negeri Terengganu yang bertujuan untuk mengajak pengusaha pelancong supaya berfikiran kreatif dalam usaha menarik pelancong datang ke Terengganu sekaligus menjana ekonomi Negeri Terengganu.






Bengkel ICC/KIK Universiti Malaysia Terengganu
Kuala Terengganu - Bengkel Inovative & Creative Circle / Kumpulan Inovatif dan Kreatif telah diadakan selama 3 hari dari 21-23 Disember 2008. Kursus ini diadakan untuk menggalakan pihak universiti mengamalkan aktiviti kaizen untuk memperbaiki proses kerja, menjalankan penjimatan operasi dan sebagainya. Siri kedua akan diadakan pada Januari 2009.